Menuntut ilmu merupakan salah satu perintah Allah SWT yang sangat ditekankan dalam Islam.
Ilmu pengetahuan itu dianggap sebagai cahaya yang menerangi kegelapan, membimbing umat manusia menuju jalan yang benar dan lurus.
Guru atau cikgu memegang peranan dalam mendidik dan membentuk karakter serta pemahaman anak muridnya. Oleh kerana itu, Islam mengajar adab dan etika akan bagaimana untuk berinteraksi dengan guru.
Semoga kita menjadi insan yang beradab dalam menjalani kehidupan seharian.
Dalil ketinggian orang berilmu
‘ Dan tidaklah (betul atau elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya ( yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka: mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah”).
Surah at Taubah 9 : 122
Baca: Motivational Quotes For Today To Start Our Day
Adab Terhadap Guru
- Merendah diri terhadap ilmu dan guru, sentiasa menurut perintah dan nasihat guru, sentiasa meminta pendapat guru. Kata Imam Syafie:
‘Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kelangan mereka yang berilmu’
- Jangan Banyak Bercakap. Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita sebagai murid perlu mengelakkan bercakap-cakap dengan kawan di sebelah.Hal ini demikian kerana sikap begitu akan menyebabkan kita tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang menyebabkan kita tidak dapat memahami perkara yang diterangkan oleh guru.
- Berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta tegurannya. Dalil dari Imam Ahmad:
Tidaklah aku tidur semenjak 30 tahun kecuali aku berdoa bagi Imam Syafie dan memohon ampun untuknya.
Baca: 22 Adab Berjiran Menurut Islam
- Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru
Jangan kita berbisik dengan orang di sebelah ketika guru sedang menyampaikan ilmu.Hal ini demikian kerana perlakuan berbisik itu sangat tidak bagus dan dilarang di dalam Islam sebagaimana hadith daripada Mas’ud r.a beliau berkata:
Rasulullah S.A.W bersabda;
“Jika kalian bertiga maka janganlah 2 orang berbicara atau berbisik berduaan sementara yang ketiga tidak diajak sampai kalian bercampur dengan manusia kerana hal ini akan membuat orang yang ketiga tadi bersedih”.
Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim
Menurut hadith tersebut jelaslah bahawa perlakuan berbisik itu akan menyinggung perasaan orang lain yang berada di sekitar kita.Jika berbisik di hadapan orang ketiga yang mungkin kawan kita juga akan menyebabkan dia tersinggung, apatah lagi pula jika berbisik di hadapan guru yang sedang mengajar di hadapan.
- Memberi salam dan teur guru dengan baik.
Setiap kali bertemu guru, tegurlah mereka dengan baik, beri salam dan salam mereka. Ia menandakan kita menghormati mereka sebagai guru dan lebih tua daripada kita.
- Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar. Dalil dari Imam Syafie:
‘Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan- lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut).’
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
- Menghargai ilmu yang diberi oleh guru. Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah bersabda:
‘Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.
Riwayat Ath-Thabrani
Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan. Kata Ibnu Abbas:
‘Aku merendah diri tatkala aku menuntut ilmu, maka, aku dimuliakan tatkala aku menjadi guru.
Tidak membantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Dalam satu hadis riwayat Imam Al-Hakim, Kaab bin Malik berkata bahaawa Rasulullah telah bersabda: ‘Barangsiapa mencari ilmu untuk menyayangi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka.’
Hadis riwayat Al-Hakim
- Mendoakan guru. Doa yang boleh diamalkan.
‘Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa orang tua kami, para guru kami, orang-orang yang mempunyai hak atas kami, orang-orang yang cinta dan berbuat baik kepada kami, dan seluruh umat islam.’
Carian Berkaitan: 10 Adab Menuntut Ilmu – Adab Terhadap Guru / Cikgu