Dari Abu Musa ra dari Nabi Muhammad SAW beliau bersabda: “Sesiapa yang menghadapkan senjata kepada kita, orang itu bukan termasuk golongan kita.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim Tentang Akhir Zaman
Dari Anas bin Malik ra dari Usaid bin Hudhair, bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW mengatakan: “Ya Rasulullah! Si Anu engkau angkat memegang jawatan pemerintah, tetapi saya tidak engkau angkat.” Jawab Rasulullah: “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku penjawat yang sangat mementingkan diri sendiri, dan kerana itu sabarlah kamu sampai kamu menemui aku.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Islam pada mulanya asing, dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya yang terasing.” – Hadis Riwayat Muslim
Baca: 19 Ucapan2 Waalaikumussalam Salam Jumaat
Dari Abu Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW beliau bersabda: “Masa bertambah cepat, amal makin kurang, kekikiran banyak bertemu, fitnah (kekacauan) terjadi dan huru-hara tambah banyak.” Mereka bertanya: “Ya Rasulullah! Yang mana?” Jawab Nabi: “Pembunuhan, pembunuhan!”.- Hadis Riwayat al-Bukhari
Dari Usamah bin Zaid ra katanya: Nabi Muhammad SAW naik ke satu bukit dari antara beberapa bukit Madinah, lalu beliau bertanya: “Adakah kamu lihat apa yang kulihat?” Mereka menjawab: “Tidak!” Kata Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya aku lihat fitnah (kekacauan) jatuh di natara rumah-rumah kamu, seperti jatuhnya hujan.”- Hadis Riwayat al-Bukhari
Dari Ibnu Umar ra, dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya: “Sesungguhnya Islam itu mula-mulanya asing dan akan kembali asing bagai semula. Dia akan kembali kepada dua masjid sebagaimana ular kembali ke sarangnya.” – Hadis Riwayat Muslim.
- Surah ad Dhuha dan Terjemahan, Jawi, Rumi, in English
- 40 Pantun Raya 4 Kerat- Aidilfitri Klasik Terbaru
- Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Haji – Hadis Kelebihan dan Kewajibannya
- 8 Doa Murah Rezeki Berniaga – Jawi & Rumi
- 6 Doa Murah Rezeki Rumi – Copy Paste
Tanda-Tanda Hari Kiamat
Dari Zainab bin Jahsyi ra bahawa dia berkata: Pada suatu kali Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dengan muka merah. Beliau mengucapkan: “Tiada tuhan selain dari Allah. Malang bangsa Arab, disebabkan bahaya yang hampir terjadi. Di hari ini telah terbuka tembuk Yakjuj dan Makjud, serupa ini.” Sufyan yang meriwayatkan hadis ini mengisyaratkan dengan jarinya sembilan puluh atau seratus. Ada orang bertanya: “Binasakah kami, sedang di antara kami masih ada orang-orang yang baik?” Jawab Rasulullah:”Ya, binasa! Apabila banyak yang buruk.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.
Dari Jabir ra, katanya dia mendengar Rasululllah SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah putus asa mengharapkan orang-orang yang solat akan menyembah kepadanya di Jazirah Arab. Kerana itu dia berusaha mengadu-domba sesama mereka agar selalu bermusuhan.” – Hadis Riwayat Muslim.
Dari Abu Hurairah ra. katanya Rasulullah bersabda: “Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangi satu sama lain, sedangkan korban di kedua pihak sangat besar pula. Dan alasan kedua-duanya hanya satu.” – Hadis Riwayat Muslim
Baca: Zikir dan Doa Solat Witir – Rumi Mengikut Sunnah
Dari Abu Hurairah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Nanti akan terjadi fitnah (kekacauan). Orang yang duduk dalam menghadapi fitnah itu lebih baik dari yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik dari yang berjalan. Orang yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Sesiapa yang ke muda dalam masa kekacauan, nescaya akan dikemukakannya. Maka sesiapa yang memperoleh tempat berlindung, hendaklah dia berlindung.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum api menyala di bumi Hijaz sehingga menyinari leher unta-unta di Busha.” – Hadis Riwyaat Muslim.
Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah bersabda: ” Demi Allah yang nyawaku dalam kuasa-Nya, kelak akan datang suatu masa di mana seorang pembunuh tidak tahu untuk apa dia membunuh, sedang korban yang tewas tidak tahu pula kerana apa dia dibunuh.” – Hadis Riwayat Muslim.
Dari Syaqiq ra katanya: Saya pernah bersama dengan Abdullah dan Abu Musa dan keduanya mengatakan: bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya sebelum saat (kiamat) ada beberapa hari (masa) yang ketika itu kebodohan bertambah, pengetahuan berkurang dan huru-hara banyak terjadi. Dan huru-hara itu ialah pembunuhan.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Dari Abu Sa’id dan Jabir bin Abdullah ra, kedua-duanya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul di akhir zaman, khalifah yang membahagi-bahagi harta tanpa menghitungnya.” – Hadis Riwayat Muslim.
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi Muhammad SAW seabdanya: “Belum terjadi kiamat sebelum dibangkitkan para Dajjal, pembohong besar yang jumlahnya hampir 30 orang. Smeuanya mengatakan bahawa mereka adalah Rasulullah.” – Hadis Riwayat Muslim.
Dari Hudzaifah ra, dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Dajjal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka. – Hadis Riwayat Muslim.
Dari Abu Bakrah ra katanya: Sesungguhnya Allah telah memberikan manfaat kepada saya di hari perang unta dengan suatu perkataan, ketika itu sampai kepada Nabi SAW bahawa Parsi telah mengangkat puteri Kaisar menjadi Ratu, beliau bersabda: “Tiada akan beruntung kaum (bangsa) yang mengangkat kaum perempuan untuk memegang pemerintahan itu.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Dari Abdullah ra, dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Tidak terjadi kiamat melainkan kerana kejahatan manusia.” – Hadis Riwayat Muslim.
Dari Abdullah ra, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Mencaci orang Islam itu suatu kejahatan dan membunuhnya adalah kekafiran.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Peristiwa yang Terjadi Sebelum Hari Kiamat
Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara: (1) Sebelum matahari terbit dari Barat. (2) Keluar asab atau kabut. (3) Keluar Dajjal. (4) Keluar Dabbah (bintang melata). (5) Peristiwa yang menimpa dirimu sendiri (maut). (6) Peristiwa yang menimpa orang banyak (Kiamat).” – Hadis Riwayat Muslim.
Dari Abu Sa’id Al Khudri ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Nanti akan datang (dekat) masanya, dimana harta yang paling baik bagi seorang Muslim ialah kambung (ternak) yang diikutinya ke puncak bukit dan lembah. Dia berangkat untuk memelihara agamanya dari fitnah (kekacauan dan penindasan).” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Dari Ibnu Umar ra katanya: Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila Tuhan menurunkan seksaan kepada suatu kaum, seksaan itu mengenai sesiapa sahaja yang ada dalam kaum itu, tetapi kemudian mereka dibangkitkan (di hari akhirat) menurut amalan masing-masing.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Dari Anas ra, katanya Rasulullah SAW bersabda: “(Jarak waktu) aku diutus dan hari kiamat seperti ini.” Beliau memberi isyarat dengan merapatkan telunjuk dengan jari tengah.” – Hadis Riwayat Muslim.
Carian Berkaitan: Koleksi Hadis Akhir Zaman Imam Bukhari