Solat merupakan antara ibadah yang dilakukan oleh umat Muslim sebagai sebahagian daripada rukun Islam yang 5.
Terdapat dua jenis solat iaitu solat fardhu dan solat sunat.
- Solat Fardhu: Solat fardhu merupakan solat wajib yang harus dilaksanakan oleh setiap Muslim yang cukup syarat. Ia terdiri daripada lima waktu, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak. Setiap solat memiliki aturan dan jumlah rakaat yang telah ditentukan. Kewajiban menunaikan solat fardhu merupakan salah satu dari lima rukun Islam.
- Solat Sunat: Solat sunat merupakan solat yang dianjurkan namun tidak wajib dilakukan. Ada beberapa jenis solat sunat yang sering dilakukan / digalakkan. Contohnya seperti solat sunat Rawatib, solat sunat Dhuha, solat sunat Taubat, dan solat sunat Tahajud. Meskipun tidak wajib, melaksanakan solat sunat dianjurkan kerana dapat mendatangkan pahala tambahan dan mendekatkan diri kepada Allah selain mempunyai fadhilat tertentu.
Hadis Pendek Tentang Solat Fardhu dan Sunat
#1 SOLAT – Antara Amalan Untuk Masuk Ke Syurga
Bertakwalah kepada Allah, Tuhan kalian. Kerjakanlah solat lima waktu kalian, berpuasalah pada bulan kalian (Ramdan), tunaikanlah zakat harta kalian serta taatilah orang yang mengendalikan urusan kalian, nescaya kalian mamasuki syurga Tuhan kalian. – Hadis Riwayat al-Tirmidzi.
- Surah ad Dhuha dan Terjemahan, Jawi, Rumi, in English
- 40 Pantun Raya 4 Kerat- Aidilfitri Klasik Terbaru
- 8 Doa Murah Rezeki Berniaga – Jawi & Rumi
- 6 Doa Murah Rezeki Rumi – Copy Paste
#2 Ibadah Solat Merupakan Amalan Pertama Yang Akan Dihisap di Akhirat Kelak
Sesungguhnya, amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. – Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi
#3 Kelebihan Solat Secara Berjamaah
Solat berjamaah adalah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim
#4 Tentang Solat Tahiyatul Masjid
Apabila salah seorang daripada kalian masuk ke dalam masjid, maka dirikanlah solat dua rakaat sebelum duduk – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Baca: Quotes Tentang Adab dan Ilmu – Bergambar
#5 Ganjaran Solat Yang Diperolehi Secara Berterusan
Seorang hamba mendapat ganjaran solat yang berterusan selagi dia berada di tempat solatnya ketika menanti masa untuk menunaikan solat. Malaikat berkata,’Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia!’ sehinggalah di beredar (keluar) atau berhadas.
#6 Melintasi Orang Sedang Solat
Sekiranya seseorang yang melintasi hadapan orang yang sedang mengerjakan solat itu mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya dia akan berdiri di situ selama ’40’ yang mana adalah lebih baik daripada melintasi hadapan orang itu. – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
#7 Pensyariatan Solat Sunat Tahajjud
Dari Abi Hurairah, ia berkata:”Rasulullah SAW pernah ditanya, ‘Solat apakah yang paling utama sesudah solat wajib?’ Sabdanya:’Solat tengah malam :lail).’ Baginda ditanya:’Puasa apa yang paling utama setelah puasa ramadan?’ Sabdanya: ‘Puasa pada bulan yang Allah mensucikannya (Muharram).” – Hadis Riwayat Jamaah kecuali Bukhari
#8 Kelebihan Zikir Dalam Solat
Baca: Koleksi Ucapan Pantun Hari Jadi – Bergambar
Dari Ummu Sulaim daatang kepada Nabi SAW dan berkata, “Ajarkan kepasa saya beberapa kalimah yang saya boleh membacanya dalam solat saya.” Maka Baginda bersabda, ” Bertakbirlah kepada Allah sebanyak 10 kali, bertasbihlah kepada Allah sebanyak 10 kali dan pujilah Dia sebanyak 10 kali. Kemudian pohonlah apa yang kamu kehendaki. Dia berfirman, ‘ Ya, ya.” – Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan al-Nasa’i
#9 Solat Lima Waktu
Rasulullah SAW bersabda,’Allah Taala berfirman,’sesungguhnya Aku telah menfardukan lima waktu solat dan memeterai perjanjian di sisi-Ku bahawa: Sesiapa yang memelihara kesemuanya pada waktunya, maka Aku masukaknnya ke dalam syurga. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tidak ada baginya sebarang perjanjian jaminan di sisi-Ku.”” – Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.
#10 Ganjaran Bagi Orang Yang Mengerjakan Solat Fardu
Difardukan ke atas Nabi SAW pada malam Baginda diisrakkan sebanyak 50 waktu solat, kemudian dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sahaja. Selepas itu, Baginda diseru,’Wahai Muhammad, sesungguhnya perintah tersebut tidak akan diubah di sisi-Ku, dan sesungguhnya 50 waktu solat adalah sama dengan 5 waktu solat ini bagimu.’ – Hadis Riwayat al-Tirmidzi.
#11 Solat Sunat Dhuha
Diriwayatkan daripada Nu’aim bin Hammar, beliau berkata, Ertinya: ” Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,’Allah SAW berfirmar, ‘Wahai anak Adam, janganlah berlengah kepada-Ku untuk mengerjakan empat rakaat – dalam riwayat al-Tirmidzi: Rujukklah sebanyak empat rakaat kepada-Ku; Ibnu Hibban: Tunaikanlah solat emppat rakaan kepada-Ku – pada awal siangmu, nescaya Aku mencukupkan bagimu pengakhirannya’ – Hadis Riwayat Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibnu Hibban.
Carian Berkaitan: Koleksi Hadis Pendek Tentang Solat Fardu dan Sunat