14 Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah Menurut Hadis

Sebagai seorang Muslim, surah al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca setiap hari tatkala menunaikan solat fardhu dan solat sunat.

Oleh yang demikian, pengetahuan mengenai surah ini merupakan suatu kewajipan bagi setiap Muslim yang mukalaf.

Surah ini akan dibaca sebanyak 17 kali bagi setiap rakaat bagi mereka yang menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam.

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Tiada solat (tidak sah solat) bagi sesiapa yang tidak membaca Surah al-Fatihah. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Maksud Al-Fatihah

Perkataan ‘Al-Fatihah’ membawa maksud PEMBUKAAN. Ia dinamakan sedemikian surah ini merupakan surah pertama yang akan dibaca dalam al-Quran kerana kedudukannya yang pertama dari aspek penyusunan mushaf.

14 Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah Menurut Hadis

Selain itu, ia juga dinamakan sedemikian kerana surah ini merupakan pembuka bacaan dalam ibadah solat. Walaubagaimanapun, ia bukanlah surah pertama yang diturunkan. Surah al-Fatihah ini diturunkan selepas penurunan Surah al-Muddaththir.

14 Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah

Semua mengetahui akan nama surah al-Fatihah ini. Namun, berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi Muhammad saw, surah ini juga mempunyai nama lain. Antaranya termasuklah

Al-Hamd (puji-pujian)

Ia dinamakan sedemikian kerana surah ini dimulakan dengan perkataan al-hamd yang bermaksud pujian terhadap Allah swt.

Aisyah ra berkata, maksudnya: Bahawa Rasulullah saw memulakan solat dengan takbir dan membaca Alhamdulillahirobbilalamin - Hadis Riwayat Muslim

Al-Sab’u al-Muthani (7 ayat yang sentiasa diulang-ulang)

Ia dinamakan sedemikian kerana surah ini mengandungi 7 ayat yang akan diulang-ulang bacaannya pada setiap rakaat dalam solat lima waktu sehari semalam.

Firman Allah swt, maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya. - Surah al-Hijr 15:87

Al-Qura’an al-Azim (al-Quran yang agong)

Ia dinamakan sedemikian bagi menunjukkan keistimewaan dan keagungan surah ini.

Nabu Muhammad saw bersabda, maksudnya: Umm al-Quran ialah al-Sab'u al-Muthani dan al-Quran al-Azim - Hadis Riwayat Bukhari

Umm al-Quran (induk kepada al-Quran) atau Umm al-Kitab (induk kepada al-kitab (al-Quran))

Ia dinamakan sedemikian kerana kedudukannya yang terletak pada permulaan mushaf al-Quran.

Nabi Muhammad saw bersabd, maksudnya: Sesiapa sahaja yang mengerjakan solat tanpa membaca ketika solat itu, Umm al-Quran, maka solatnya kurang, solatnya kurang, iaitu tidak sempurna. - Hadis Riwayat Muslim

Al-Solat (solat)

Surah ini merupakan bacaan wajib dalam kedua-dua solat fardhu dan solat sunat.

Al-Shifa’ (penyembuh / penawar)

Surah ini pernah digunakan oleh sahabat Nabi Muhammad saw untuk merawat penyakit. Dengan membaca surah ini, ia boleh menjadi penyebab penawar dan penyembuh bagi penyakit.

Dalam surah al-Fatihah, itu terdapat shifa' (penawar) daripada segala penyakit. - Hadis Riwayat al-Darimi

Al-Ruqyah (jampi)

Nama ini diambil berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad saw pada ketika baginda bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri, maksudnya:

Bagaimana engkau mengetahu bahawa surah al-Fatihah itu merupakan ruqyah? - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Al-Asas (dasar)

Nama ini diberikan oleh sahabat Nabi Muhammad saw iaitu Ibn Abbas berdasarkan kepada tafsir Imam al-Qurtubi.

Hendaklah engkau mengamalkan 'asas al-Quran' iaitu surah al-Fatihah - Imam al-Qurtubi

Al-Wafiyah (lengkap)

Isi kandungan surah ini melengkapi keseluruhan al-Quran dan mencakupi keterangan tentang Allah swt dan manusia. Ia juga wajib dibaca sebagai satu surah yang lengkap pada setiap rakaat solat.

Al-Kafayah (sesuatu yang mencukupi)

Membaca surah al-Fatihah tanpa membaca surah yang lain sudah mencukupi. Namun, surah yang lain tidak akan cukup tanpa membaca surah al-Fatihah.

Umm al-Quran yang menjadi pengganti surah selainnya, sedangkan surah yang lain tidak dapat menggantikannya. - Hadis Riwayat al-Daruqutni

Al-Waqiyah (pelindung)

Menurut Imam Sufyan bin Uyainah, surah ini boleh dijadikan sebagai ikhtiar dalam usaha memperoleh perlindungan dan pemeliharaan Allah swt daripada pelbagai ancaman bahaya, bala bencana dan penyakit.

Al-Kanz (perbendaharaan)

Surah ini mengandungi khazanah bernilai yang dikurniakan oleh allah swt terpada hamba-Nya.

Al-Shukr (syukur)

Surah ini mengandungi puji-pujian dan kesyukuran terhadap Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hamba-Nya.

Al-Du’a (doa)

Surah ini mengandungi doa dan permohonan hajat seorang hamba kepada Tuhannya agar sentiasa berada di jalan yang luruh, mendapat hidayah serta kehidupan yang diredhai oleh Allah swt