Secara ringkas berikut merupakan beberapa perkara yang membuatkan anda untuk mandi sunat:
Perkara yang Disunatkan untuk Mandi Sunat
1. Mandi setiap kali mengulangi hubungan persetubuhan (jimak)
Diriwayatkan oleh Abu Rafi, suatu malam, Baginda Rasulullah saw menggilir isteri-isterinya. Baginda mandi di rumah isteri yang digilirinya. Aku bertanya, 'wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak menggabungkan mandi menjadi sekali sahaja?' Baginda menjawab, ini lebih suci, lebih baik, dan lebih bersih - Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah
2. Mandi setelah sedar dari pengsan
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah ra, Rasulullah saw pernah mandi setelah terjaga dari pengsan.
3. Mandi sebelum solat bagi wanita yang mengalami istihadhah
Sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Ummu Habibah mengalami istihadhah selama tujuh tahun. Ia juga telah menanyakannya kepada Rasulullah. Baginda pun menjawab, 'itu darah penyakit.' Lalu, Ummu Habibah selalu mandi setiap kali mahu mengerjakan solat. - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
- 51 Ayat Cinta dan Rindu Si Dia – Melayu
- Cara Solat Berjemaah Bagi Wanita & Ciri Wanita Layak Jadi Imam
- 14 Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah Menurut Hadis
- Bayar Zakat Fitrah Guna Duit Atau Beras? Bila Perlu Bayar?
- Ganti – Qada Puasa, Kafarah dan Cara Kira Fidyah
Nota: Apa itu istihadhah?
Darah istihadhah merupakan darah yang keluar di luar waktu haid dan nifas. atau keluar langsung selepas waktu haid dan nifas. Ia merupakan kebiasaan atau kudrat penciptaan wanita melainkan urat darah yang terputus sehingga mengeluarkan darah yang berwarna merah dan tidak berhenti melainkan jika sembuh.
Hukum istihadhah adalah, wanita tersebut tetap suci dan tidak boleh meninggalkan solat dan puasa.
4. Mandi pada hari raya dan Hari Arafah
Diriwayatkan seorang lelaki telah bertanya kepada Ali ra tentang mandi. Ali menjawab,'mandilah setiap hari jika kamu mahu.' Lelaki itu berkata, 'bukan itu maksudku, melainkan mandi besar?' Ali menjawab, 'mandilah pada hari Jumaat, hari Arafah, hari raya Idul Adha, dan hari raya Idul Fitri. - Imam Syafi'e
5. Mandi setelah memandikan mayat
Orang yang memandikan mayat hendaknya mandi. - Hadis Riwayat Ibnu Majah
6. Mandi ketika melakukan ihram saat umrah atau haji
Zaid Bin Tsabit meriwayatkan bahawa dia melihat Nabi Muhammad saw membuka baju lalu mandi kerana hendak melakukan ihram. - Hadis Riwayat at-Tirmidzi
7. Mandi ketika hendak masuk Kota Mekah
Ibnu Umar RA menerangkan bahawa setiap kali hendak masuk Kota Mekah, dia selalu bermalam di Dzi Thuwa. Keesokan harinya, dia mandi dan baru masuk Kota Mekah pada siang hari. Dia menerangkan bahawa Nabi saw pernah melakukan seperti itu. - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim