Dari Abu Hurairah ra, katanya Nabi SAW bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan semua pintu syurga.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Abu Hurairah, katanya Nabi SAW bersabda: “Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Umar ra, katanya: “Siapakah yang hafal sebuah hadis dari Nabi SAW berkenaan dengan fitnah?” Jawab Hudzaifah, “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Fitnah seseorang dalam keluarganya, dalam hartanya dan tetangganya, dapat ditutup (dihapuskan) oleh solat, puasa dan sedekah.” – Hadis Riwayat Bukhari
Hadis Pendek Tentang Puasa
- Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Haji – Hadis Kelebihan dan Kewajibannya
- 8 Doa Murah Rezeki Berniaga – Jawi & Rumi
- 6 Doa Murah Rezeki Rumi – Copy Paste
Dari Abdulillah ra, katanya kami pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang telah merasa sanggup untuk berumah tangga, maka hendaklah ia kahwin. Sesungguhnya kahwin itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memlihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat mengurangi nafsu berahi.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Abdulullah ra, katanya Nabi SAW bersabda: “Sebulan itu ada 29 malam. Maka janganlah kamu puasa sebelum melihatnya (bulan). Jika (bulan) itu tertutup atasmu, cukupkanlah 30.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Abu Hurairah ra, dari NAbi SAW sabdanya: “Jangnlah kami dahului puasa Ramadhan dengan puasa 1 atau 2 hari sebelumnya, melainkan bagi orang yang memang biasa puasa pada hari itu, maka dia boleh puasa pada hari itu.” – Hadis Riwayat Bukhari
Baca: (Bergambar) 8 Kelebihan Surah Al Baqarah Berdasarkan Hadis Nabi
Keberkatan Bersahur
Dari Anas ra, katanya NAbi SAW bersabda: “Sahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu terdapat berkat.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi SAW sabdanya: “Apabila seseorang lupa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah yang telah memberikannya makan dan minum.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Nabi SAW pernah berbekam, padahal baginda sedang puasa.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Aisyah r.ha katanya: “Sesungguhnya Hamzah bin Amru dan Al Aslami, keduanya pernah bertanya kepada Nabi SAW, katanya: “Mesti jugakah aku puasa dalam perjalanan?” Padahal biasanya dia rajin berpuasa. Jawab Nabi SAW, “Jika engkau mahu puasa, puasalah. Jika tidak, berbukalah.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Jabir ra, katanya: “Pada suatu ketika dalam suatau perjalanan Nabi SAW melihat seorang lelaki dipayungi. Lalu Nabi bertanya, “Kenapa (orang) ini?” Jawab mereka, ‘Dia puasa.” Sabda Nabi SAW, “Bukanlah suatu kebaikan puasa dalam perjalanan.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Anas ra, katanya: “Kami pernah berpergian bersama-sama dengan Nabi SAW. Tidak pernah orang puasa mencelah orang berbuka, dan tidak pula orang berbuka mencela orang puasa.” – Hadis Riwayat Bukhari
Baca: Koleksi Doa Pagi Hari – Murah Rezeki
Puasa Ganti
Dari Aisyah ra, katanya: ‘Saya pernah ketinggalan puasa Ramadhan, dan tidak ada kesanggupan saya untuk membayarnya melainkan dalam bulan Sya’ban.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Aisyah ra, katanya Rasulullah bersabda: “Barang siapa meninggal dunia sedangkan ia ketinggalan puasanya, (maka puasa yang ketinggalan itu) boleh dipuasakan (dibayar) oleh walinya.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Sahl bin Sa’d ra, katanya NAbi SAW bersabda: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Aisyah ra, katanya: “Rasulullah pernah puasa sehingga kami katakan beliau tidak berbuka. Dan beliau pernah berbuka sehingga kami katakan beliau tidak puasa. Belum pernah saya melihat Rasulullah mencukupkan puasa sebulan selain bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat beliau berpuasa (sunat) lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya’ban.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Abu Hurairah ra, katanya dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu puasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.” – Hadis Riwayat Bukhari
Mencari Malam Lailatul Qadar
Dari Aisyah ra, katanya Rasulullah bersabda: ‘Bersiap-siaplah untuk mendapatkan Malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada 10 yang terakhir dari bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Ibnu Abbas ra, katanya Nabi SAW bersabda: “Carilah malam Qadar itu pada 10 yang akhir dari bulan Ramadhan. Malam Qadar itu berada pada, hari kesembulan, tujuh atau lima yang akhir (dari bulan itu).” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Aisyah ra, katanya: “Rasulullah biasanya apabila tiba 10 (yang akhir daripada bulan Ramadhan), beliau ikatkan sarungnya erat-erat, beliau berjaga-jaga malamnya dan beliau bangunkan keluarganya.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Abdulullah bin Umar ra, katanya: “Biasanya Rasulullah SAW iktikaf pada 10 yang akhir daripada bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Abu Hurairah ra, katanya” “Biasanya Nabi SAW iktikaf pada tiap-tiap bulan Ramadhan 10 hari. Tetapi pada tahun di mana beliau wafat, beliau iktikaf 20 hari.” – Hadis Riwayat Bukhari
Carian Berkaitan: Hadis Pendek Tentang Puasa – Hadis Sahih Nabi oleh Bukhari