Dari Umar ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Apabila malam telah datang, siang telah hilang, dan matahari telah terbenam, maka orang yang puasa sudah boleh berbuka.” – Hadis Riwayat Muslim
Hadis Nabi Tentang Rahmat Bulan Ramadan
Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Bila Ramadhan telah datang, maka dibukakan pintu syurga, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan”.
Hadis Riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Bila Ramadan telah datang, maka dibukakan pintu rahmat, dikunci neraka jahanam dan dirantai semua syaitan.”
Hadis Riwayat Muslim
Hadis Nabi Tentang Larangan Puasa 1 atau 2 hari Sebelum Ramadan
Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu dahului puasa Ramadan dengan puasa 1 atau 2 hari sebelumnya. Kecuali bagi orang yang mempuasakan puasa tertentu, maka dia boleh meneruskannya.” – Hadis Riwayat Muslim
- Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Haji – Hadis Kelebihan dan Kewajibannya
- 8 Doa Murah Rezeki Berniaga – Jawi & Rumi
- 6 Doa Murah Rezeki Rumi – Copy Paste
Hadis Nabi Tentang Keutamaan Makan Sahur
Dari Anas ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Makan sahurlah kamu, kerana makan sahur itu mengandungi berkat.” – Hadis Riwayat Muslim
Dari Amru bin Ash ra, katanya Rasulullah bersabda: “Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis Riwayat Muslim
Dari Anas ra, dari Zaid bin Tsabit ra, katanya: “Kami pernah makan sahur bersama-sama Rasulullah saw. Tidak berapa lama kemudian kami pergi solat. Tanya Anas, “Kira-kira berapa lama jaraknya antara waktu makan sahur dengan solat?” Jawab Zaid, “Kira-kira selama membaca 50 ayat.” – Hadis Riwayat Muslim
Baca: (Gambar) 10 Hadis Tentang Kebersihan Sebagai Panduan
Hadis Nabi Tentang Berbuka
Dari Sahal bin Sa’ad ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Berbahagialah selalu orang-orang yang menyegerakan berbuka.” – Hadis Riwayat Muslim
Dari Abu Athiyah ra, katanya: “Aku dan Masruq pernah datang menemui Asiyah ra ke rumahnya, lalu kami bertanya: “Ya, Ummul Mukminin! Ada 2 orang sahabat Rasulullah saw, yang satu menyegerakan berbuka dan solat, dan yang satu lagi melambatkannya. Bagaimana itu?” Tanya Aisyah ra, “Siapa yang menyegerakan berbuka dan solat?” Jawab kami, ‘Abdulllah Ibnu Mas’ud.” Kata Aisyah, “Menyegerakan itulah yang dilakukan Rasulullah saw.” – Hadis Riwayat Muslim
Hadis Nabi Tentang Larangan Puasa Wishal
Dari Ibnu Umar ra, katanya: “Bahawasanya Nabi saw melarang orang melakukan puasa wishal (puasa berturut turut 2 hari atau lebih tanpa berbuka). Lalu kata para sahabat kepada baginda: Bukankah anda sendiri melakukannya? Jawab Nabi saw: Aku tidak seperti kamu semua. Aku diberi makan dan minum oleh Tuhanku.” – Hadis Riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Janganlah kamu puasa secara wishal” Jawab para sahabat. “Bukankah anda sendiri melakukan puasa wishal?” Jawab Rasulullah saw, “Kamu tidak akan sanggup melakukannya seperti aku. Bila hari telah malam, aku diberi makan dan minum oleh Tuhanku. Kerana itu beramal ibadahlah sesuai dengan kemampuanmu.” – Hadis Riwayat Muslim
Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar
Hadis Nabi Tentang Bercumbu Ketika Puasa
Dari Aisyah ra, katanya : “Rasulullah saw pernah mencium salah seorang isteri beliau, padahal baginda puasa.” Kemudian Siayah ketawa. – Hadis Riwayat Muslim
Dari Aisyah ra, katanya: ‘Rasulullah saw pernah menciumku, padahal baginda puasa. Siapakah di antara tuan-tuan yang sanggup mengendalikan nafsu seperti Rasulullah saw?” – Hadis Riwayat Muslim
Dari Hafshah ra, katanya: “Rasulullah saw pernah berciuman, padahal baginda sedang puasa.” – Hadis Riwayat Muslim
Hadis Nabi Tentang Subuh dalam keadaan Junub dalam bulan Ramadan
Dari Aisyah ra, isteri Nabi saw, katanya: “Sesungguhnya Rasulullah saw pernah mendapati fajar (kesiangan) di bulan Ramadan, padahal baginda dalam keadaan junub kerana jimak. Lalu baginda mandi dan terus puasa.” – Hadis Riwayat Muslim
Dari Abdulullah bin Ka’ab Al Himyari, Abu Bakar mengabarkan kepadanya bahawa Marwan pernah mengutusnya kepada Ummu Salamah ra, menanyakan perihal seorang laki-laki yang mendapatkan Subuh dalam keadaan junub, apakah boleh dia meneruskan puasanya? Jawab Ummu Salamah, “Rasulullah saw pernah mendapatkan Subuh (kesiangan) dalam keadaan junub kerana Jimak, bukan kerana mimpi. Kemudian baginda tidak membukai puasanya dan tidak pula mengqada.” – Hadis Riwayat Muslim
Dari Aisyah ra, isteri Rasulullah saw, katanya: “Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw ketika baginda sedang berada dalam masjid di bulan Ramadan. Lalu orang itu berkata: “Ya Rasulullah! celaka aku! celaka aku!” Kerana itu Rasulullah saw bertanya, apa sebabnya? Lalu jawabnya, “Aku telah menyetubuhi isteriku siang hari bulan Ramadan.” Sabda Rasulullah saw. “Bersedekahlah” Jawab orang itu, “Ya, Nabiyullah! Demi Allah! Aku tidak punya apa-apa. Kerana itu aku tidak sanggup melaksanakannya.” Sabda Nabi saw “Tunggulah disini sebentar!” Sementara dia duduk menunggu, datang seorang laki-laki mengiringi seekor keldai membawa makanan. Maka bertanya Rasulullah saw, “Mana orang yang dapat celaka tadi?” Maka berdirilah orang itu, lalu Rasulullah saw bersabda kepadanya, “Bersedekahlah anda dengan ini” Jawab orang itu, “Ya Rasulullah, tentu harus ku sedekahkan kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Demi Allah, sesungguhnya kami lapar, sedangkan kami tidak punya apa-apa.” Jawab Nabi saw, “Kalau begitu, boleh kamu makan.” – Hadis Riwayat Muslim
Carian Berkaitan: Hadis Sahih Puasa