4 Ibadah Puasa Sunat Terbaik Yang Boleh Dilakukan, Terbaik Selepas Ramadan

Kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan puasa sunat pada bulan mulia ini kerana sebaik-sebaik puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa pada bulan Muharam.

4 Ibadah Puasa Sunat Terbaik Yang Boleh Dilakukan, Terbaik Selepas Ramadan

Hadis Pertama

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

سُئِلَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ وَأَيُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ الْمُحَرَّمِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah ditanya, solat apakah yang paling utama setelah solat maktubah (wajib)? Dan puasa apakah yang paling utama setelah puasa Ramadan? Maka Baginda menjawab: Sebaik-baik solat setelah solat maktubah (wajib) adalah solat pada sepertiga akhir malam dan sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadan adalah puasa di bulan Muharam.” – Hadis Riwayat Muslim

4 Ibadah Puasa Sunat Terbaik Yang Boleh Dilakukan, Terbaik Selepas Ramadan

Hadis Kedua

Daripada Ali r.a., Rasulullah SAW bersabda:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمْ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ فِيهِ يَوْمٌ تَابَ فِيهِ
عَلَى قَوْمٍ وَيَتُوبُ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ آخَرِينَ

Maksudnya: “Jika kamu ingin berpuasa selain bulan Ramadan, maka berpuasalah pada bulan Muharam, kerana sesungguhnya ia bulan di mana Allah telah memberi taubat kepada kaumnya Musa dan memberikan taubat kepada kaum yang lain.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Panduan Puasa di Bulan Ramadan dan Puasa Sunat

4 Ibadah Puasa Sunat Terbaik Yang Boleh Dilakukan, Terbaik Selepas Ramadan

Antara puasa sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharram ialah

Pertama: Puasa Sunat Hari Isnin dan Khamis

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Dalam riwayat lain, Syaidatina Aisyah RA berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ

Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Kedua: Puasa Sunat Tasu’a

Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Muharam dalam kalendar hijrah Islam. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan (Muharram).” – Hadis Riwayat Muslim

Ketiga: Puasa Sunat Asyura

Hari Asyura adalah hari yang ke sepuluh dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam.

Daripada Abdullah Ibnu Abbas RA:

قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ‏”‏مَا هَذَا”‏‏.‏ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى‏.‏ قَالَ ‏”‏فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ”‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW datang ke Madinah dan kemudian Baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah hari Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut.

Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka Baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.” – Hadis Riwayat Bukhari

Daripada Abu Qatadah, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda:

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu. – Hadis Riwayat Muslim

Keempat: Puasa Sunat Hari Putih

Daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari putih (bidh) iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun”. – Hadis Riwayat Abu Daud