Solat Sunat Witir boleh dilakukan sepanjang waktu selepas Isyak sehingga Subuh. Sama ada ia dikerjakan secara jemaah atau sendirian. Doa Solat Witir
Rasulullah bersabda, ertinya: “Allah menambah untuk kami satu solat, iaitu Solat Witir. Oleh itu, solatlah kamu di antara solat Isyak sehingga solat Subuh” – Hadis Riwayat Ahmad
Daripada Ubay bin Ka’ab r.a: Rasulullah s.a.w akan membaca dalam solat witir surah Al-A’la, Al-Kafirun dan Al-Ikhlas.
Selepas memberi salam baginda akan menyebutkan: ‘Subhanal Malikil Quddus’ (Maha Suci Tuhan Yang Maha Menguasai dan Maha Suci) sebanyak tiga kali dengan memanjangkan dan mengeraskan suaranya pada bacaan ketiga – Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu’ an-Nahar, hadis no: 1729
KLIK: Cara Solat Witir Yang Mudah – Waktu, Hukum & Kelebihan
Solat Witir merupakan salah satu solat sunat yang dilakukan pada waktu malam setelah solat Isyak. Ia merupakan solat sunat yang sangat digalakkan dan dianjurkan dalam agama Islam.
Bilangan Rakaat: Solat Witir boleh dilakukan dalam bilangan ganjil seperti 1, 3, 5, 7, 9, atau 11 rakaat, dengan satu salam pada rakaat terakhir.
Bacaan Surah: Bacaan surah dalam setiap rakaat boleh berbeza, namun surah yang panjang seperti Al-Fatihah dan surah-surah pendek lainnya seperti Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas boleh dipilih.
Doa Qunut: Dalam rakaat terakhir, selepas rukuk, dianjurkan untuk membaca doa Qunut, memohon ampun dan perlindungan dari Allah SWT. Secara umumnya, cara membaca doa Qunut ketika solat witir sama seperti membaca Qunut ketika solat Subuh.
Dengan melaksanakan solat Witir, umat Muslim diharapkan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mendapatkan keberkatan serta keampunan dari-Nya. Insya-Allah moga ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah swt.
Doa Solat Witir (Mengikut Sunnah Nabi)
Subhanal malikil quddus
(Maha suci Tuhan Yang Merajai lagi Maha Suci)
Subbuhun quddusun rabbunaa wa rabbul malaa-ikati warruh
(Maha Suci lagi Quddus Tuhan Kami, Tuhan para Malaikat, dan Malaikat jibril)
Subhanallah walhamdu lillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar, wa Laa haula wa laa quwwata illa billah.
(Maha Suci Allah, segenap puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar.dan Tiada daya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah)
Doa Solat Witir (Panjang) – Rumi
Baca: Himpunan Ucapan Perpisahan
Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tetap,
Kami memohon kepada-Mu hati yang khusyuk,
Kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat,
Kami memohon kepada-Mu keyakinan yang benar,
Kami memohon kepada-Mu amal yang solleh,
Kami memohon kepada-Mu agama yang lurus,
Kami memohon kepada-Mu kebaikan yang banyak,
Kami memohon kepada-Mu ampunan dan afiat,
Kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna,
Kami memohon kepada-Mu syukur atas kesihatan, dan Kami memohon kepada-Mu terkaya dari semua manusia.
Wahai Allah, Tuhan kami! Terimalah dari kami solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyukan kami, kerendahan hati kami, ibadah kami, Sempurnakanlah kelalaian (kekurangan) kami.
Wahai Allah, wahai Allah, wahai Allah, wahai Zat Yang Paling Penyayang di antara para penyayang.
Semoga rahmat Allah tercurahkan kepada sebaik-baik makhluk-Nya, Muhammad, keluarga dan sahabatnya semua dan segala puji milik Allah Tuhan semesta alam.