Anas bin Malik ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Mimpi baik yang dimimpikan oleh seorang yang baik, adalah satu bahagian dari empat puluh enam bahagian nubuwah (wahyu). – Hadis Riwayat al-Bukhari
Hadis Nabi Tentang Mimpi
Dari Abu Qatadah ra dari Nabi Muhammad SAW beliau berkata: “Mimpi yang baik itu dari Allah, sedangkan mimpi yang tak keruan itu dari syaitan. Kalau seseorang bermimpi dengan impian yang tak keruan, hendaklah ia berlindung (kepada Allah) dari mimpi itu dan hendaklah meludah ke sebelah kirinya, kerananya mimpi buruk itu tidak akan berbahaya kepadanya.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Baca: Koleksi Kata Sedih & Ayat Deep
Anas ra berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bermimpi melihat aku di waktu tidur, maka sebenarnya dia melihat aku, kerana syaitan tidak boleh merupakan dirinya serupa aku. Mimpi orang beriman itu satu bahagian dari empat puluh enam bahagian nubuwuh (wahyu). – Hadis Riwayat al-Bukhari
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Dari Abu Sa’id Al Khudri ra, sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang kamu bermimpi dengan mimpi yang disukainya, maka mimpi itu dari Allah SAW. Maka hendaklah dia memuji Allah SAW kerananya dan boleh menceritakannya kepada orang lain. Tetapi apabila dia bermimpi bukan demikian, iaitu tidak disukainya, maka sesungguhnya mimpi itu dari syaitan. Sebab itu, hendaklah dia berlindung (kepada Allah) dari bahaya mimpi itu dan tidak usah diceritakannya kepada sesiapa pun, kerana mimpinya itu tidak akan berbahaya kepadanya. – Hadis Riwayat al-Bukhari.
Baca: Cara Solat Witir Yang Mudah – Waktu, Hukum & Kelebihan
Dari Abu Sa’id Al Khudri ra katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ketika sedang tidur, aku bermimpi melihat orang dihadapkan kepadaku dan mereka memakai baju. Ada yang punya baju sampai ke susunya dan ada yang kurang dari itu. Dan lalu di hadapanku Umar bin Khattab dan dia memakai baju yang dihelanya (sangat dalam). Mereka bertanya: “Apakah takwilnya, ya Rasulullah?” Jawab Nabi: “Agama.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Carian Berkaitan: Hadis Nabi Tentang Mimpi – Jumpa NabiÂ