Ibadah solat telah disyariatkan oleh Allah swt semenjak zaman dahulu lagi. Ini berdasarkan kepada dalil melalui firman Allah swt kepada Nabi Ibrahim dalm Surah Maryam yang bermaksud:
Dan ia menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya. - Surah Maryam, ayat 55
Sejarah Pensyariatan Solat Fardhu
Mengikut sejarah, Solat Fardhu 5 waktu yang disyariatkan kepada Nabi Muhammad saw dan umatnya, Baginda telah melakukan solat 2 rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat pada waktu petang sebagai mengikut ajaran dan amalan Nabi Ibrahim as.
Sebagaian ulama berpendapat kedua-dua solat yang dimaksudkan ada dalam Firman Allah swt dalam Surah Ghafir, yang bermaksud:
Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. - Surah Ghafir, ayat 55
Solat Fardhu yang wajib ditunaikan sehari semalam kepada Nabi Muhammad dan umatnya disyariatkan pada malam Rasulullah di Israk Mikraj sewaktu Baginda di Sidratul Muntaha pada malam 27 Rejab.
- Tambahan Lafaz Salam ketika Solat
- Rukun dan Cara Mandi Wajib Berdasarkan Dalil Hadis Nabi
- (Wanita) Lima Perkara yang Mewajibkan Mandi Wajib – Junub – Hadas Besar
- Hukum Wanita Pergi ke Masjid dan Panduan Etika
- Cara Solat Berjemaah Bagi Wanita & Ciri Wanita Layak Jadi Imam
- 14 Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah Menurut Hadis
Maksud Solat
Secara umumnya, solat itu merupakan berdoa untuk kebaikan. Firman Allah swt, maksudnya:
Dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. - Surah al-Taubah, ayat 103
Manakala definisi solat itu sendiri bermakna perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.
Bacaan Dalam Solat Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu
Bacaan Takbiratul Ihram
Takbiratul Ihram merupakan permulaan solat. Lafaz takbiratul ihram ini mengharamkan segala perbuatan yang harus sebelum solat seperti makan, minum dan bercakap.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Kunci solat adalah suci, permulaannya adalah takbir dan penamatnya adalah salam. - Hadis Riwayat at-Tirmidzi
الله أكبر
Allah Maha Besar
Bacaan Doa Iftitah
Doa iftitah bermaksud pembukaan bagi solat. Dari segi hukum, bacaan doa iftitah bukanlah wajib (tidak termasuk dalam rukun solat). Ia adalah bacaan yang sunat namun, ada pahala jika dibacanya. Terdapat pelbagai jenis bacaan doa iftitah yang boleh diamalkan. Berikut merupakan bacaan doa iftitah yang acap kali dibaca dikalangan muslim di Malaysia:
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ، إنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِين
Allah Maha Besar dengan dengan kebesaran yang tidak terduga, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang sangat banyak, dan Maha Suci Allah pada pagi dan petang hari, sesungguhnya aku hadapkan mukaku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan kepatuhan dan aku bukanlah dari kaum yang menyekutukan Allah, sesungguhnya shalatku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan pemilik alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk dari golongan kaum muslimin.
Bacaan Surah al-Fatihah
Bacaan al-Fatihah yang baik adalah bacaan yang mengikut hukum tajwid yang betul serta berhenti pada tempatnya. Nabi Muhammad saw membaca dengan sederhana dan berhenti pada setiap ayat.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّين
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Bacaan Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.
Bacaan Iktidal
Semasa bangun daripada rukuk, ada dua lafaz zikir yang disebut iaitu سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ dan رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ. Menurut mazhab Syafi’e, kedua-dua bacaan zikir ini perlu dibaca sama ada oleh imam, makmum atau sewaktu solat bersendirian. Apapun, mazhab lain pula ada berpendapat bacaan zikir ini membezakan antara imam dan makmum. Oleh itu, kedua-dua cara adalah diharuskan.
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya.Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian
Bacaan Sujud
Sewaktu sujud, terdapat 7 anggota badan yang bersujud. Ia adalah dahi, 2 tapak tangan, 2 lutut dan 2 hujung kaki.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Aku disuruh sujud atas 7 anggota, iaitu atas dahi dan dia menunjukkan kepada hidungnya, atas dua tangan, atas dua lutut dan atas kaki. - Hadis Riwayat Bukhari.
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku
Bacaan Tahiyat Awal
Amalan di Malaysia, ada duduk untuk tahiyat awal dan tahiyat akhir. Semua duduk adalah dengan cara duduk tahiyat awal (iftirash). Duduk yang paling akhir pula merupakan duduk tawarruk. Pandangan mazhab Syafi’e ini berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad saw, yang bermaksud:
اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
...dan Nabi saw duduk atas tepinya dalam keadaan tawarruk kemudian memberi salam. - Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Mazhab Hanafi pula hanya ada satu jenis duduk sahaja iaitu iftirash. Kadangkala, barisan saf adalah terlalu sempit menyebabkan sukar untuk jemaah duduk tawarruk. Maka, tiada salahnya untuk duduk secara iftirash. Kedua-duanya adalah harus.
Bacaan Tahiyat Akhir
اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Bacaan Salam
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
Semoga kamu dilimpahi kesejahteraan dan rahmat Allah
Bacaan Doa Qunut (Solat Subuh)
Doa qunut tidak wajib untuk dibaca dalam solat kerana ia tidak termasuk dalam rukun solat. Solat akan tetap sah walaupun seseorang itu tidak membaca doa qunut.
اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ ,وَ عَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ ,وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
Ya Allah tunjukkanlah saya sebagaimana mereka yang sudah Engkau berikan petunjuk.
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ ,وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ ،فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ,وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ ,فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Dan kasihkanlah kesehatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau sudah kasih kesehatan.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pelihara.
Dan berilah keberkahan bagiku pada segala apa yang Engkau sudah karuniakan.
Dan lindungi aku dari segala bahaya kejahatan yang Engkau sudah pastikan.
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum.
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Dan tidak mulia orang yang mana Engkau memusuhinya.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau