Surah al Baqarah PDF (Download)

Surah al Baqarah (lembu betina) kerana ia menjelaskan tentang kisah perintah penyembelihan lembu betina oleh Bani Israel yang padanya terdapat banyak pengajaran untuk diteladani oleh umat Islam.

Surah ini mempunyai 286 ayat (sesetengah ulama mengatakan 287), menjadikannya sebagai surah terpanjang di dalam al Quran. Ia meliputi 2 juzuk setengah dari 30 juzuk dalam al Quran.

KLIK – Surah Al Baqarah PDF (Download)

Secara umumnya, surah ini menjelaskan tentang cara-cara mewujudkan pemerintahan berasaskan Islam dan penyerahan secara mutlak terhadap Allah swt.

Ulama menjelaskan, antara sebab penurunan surah ini adalah untuk mendidik hati orang-orang yang beriman agar tunduk dan patuh dalam menerima segala perintah Allah SWT serta menjauhi perkara yang dilarang oleh-Nya walau apa jua bentuk perintah dan larangan. Surah ini juga memberi peringatan kepada orang-orang yang beriman agar tidak menyerupai golongan Yahudi yang telah gagal dalam melaksanakan perintah Allah SWT untuk menyembelih seekor lembu betina.

Kelebihan Surah al Baqarah Menurut Hadis

Rumah Tidak Dimasuki Syaitan

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Janganlah jadikan rumah-rumah kalian seperti tanah perkuburan, sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan! – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Setiap sesuatu itu memiliki puncaknya (tempat tinggi), dan Al-Baqarah adalah puncak Al-Qur’an, sesiapapun membaca Al-Baqarah pada malam hari di rumahnya, maka syaitan tidak akan memasuki rumahnya selama 3 malam. Barangsiapa membaca itu selama hari di rumahnya, maka syaitan tidak akan masuk rumah selama 3 hari. – Hadis Riwayat al-Baihaqi, at-Tabarani dan ibnu Hibban

Baca: 4 Teladan Suksesi Kepemimpinan pada Zaman Sahabat Nabi

Membantu Pada Hari Akhirat

Bacalah al-Zahrawain iaitu surah al-Baqarah dan surah Ali Imran, kedua-dua surah ini akan datang pada hari akhirat seolah-olah dalam bentuk awan, payung yang memayungi atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya dan akan membela pembacanya. – Hadis Riwayat Muslim

Keutamaan 7 Surah yang Panjang

Daripada Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Barangsiapa menguasai 7 surah pertama dalam al-Quran, maka dia adalah seorang ulama.

Surah al Baqarah PDF (Download)