Surah al Baqarah Ayat 1-5 Rumi, PDF Jawi, Terjemahan Bahasa Melayu

Surah al Baqarah merupakan antara surah yang diturunkan di Madinah. Ia mempunyai sejumlah 286 ayat, menjadikannya sebagai surah paling panjang dalam al-Quran.

Menurut hadis riwayat oleh Imam Bukhari, surah ini dinamakan sebagai al Baqarah (lembu betina) kerana didalamnya ada diceritakan tentang kisah lembu betina yang diperintahkan Nabi Musa as agar disembelih lembu betina tersebut untuk mencari pembunuh kepada seorang lelaki yang tidak diketahui pembunuhnya

Surah al Baqarah Ayat 1-5 Rumi, PDF Jawi, Terjemahan Bahasa Melayu

Banyak periwayat hadis menjelaskan tentang kelebihan surah al Baqarah ini. Antaranya ialah:

Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya: 

Setiap sesuatu itu memiliki puncaknya (tempat tinggi), dan Al-Baqarah adalah puncak Al-Qur’an, sesiapapun membaca Al-Baqarah pada malam hari di rumahnya, maka syaitan tidak akan memasuki rumahnya selama 3 malam. 

Barangsiapa membaca itu selama hari di rumahnya, maka syaitan tidak akan masuk rumah selama 3 hari. – Hadis Riwayat al-Baihaqi, at-Tabarani dan ibnu Hibban
Bacalah al-Zahrawain iaitu surah al-Baqarah dan surah Ali Imran, kedua-dua surah ini akan datang pada hari akhirat seolah-olah dalam bentuk awan, payung yang memayungi atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya dan akan membela pembacanya. – Hadis Riwayat Muslim

KLIK: Surah al Baqarah Ayat 1-5 PDF (Download)

Surah al Baqarah Ayat 1-5 Jawi

الٓمّٓۚ‏ ﴿2:1﴾ ذٰ لِكَ الۡڪِتٰبُ لَا رَيۡبَ ۛۚ ۖ فِيۡهِ ۛۚ هُدًى لِّلۡمُتَّقِيۡنَۙ‏ ﴿2:2﴾ الَّذِيۡنَ يُؤۡمِنُوۡنَ بِالۡغَيۡبِ وَ يُقِيۡمُوۡنَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقۡنٰهُمۡ يُنۡفِقُوۡنَۙ‏ ﴿2:3﴾ وَالَّذِيۡنَ يُؤۡمِنُوۡنَ بِمَۤا اُنۡزِلَ اِلَيۡكَ وَمَاۤ اُنۡزِلَ مِنۡ قَبۡلِكَۚ وَبِالۡاٰخِرَةِ هُمۡ يُوۡقِنُوۡنَؕ‏ ﴿2:4﴾ اُولٰٓـئِكَ عَلٰى هُدًى مِّنۡ رَّبِّهِمۡ​ وَاُولٰٓـئِكَ هُمُ الۡمُفۡلِحُوۡنَ‏  ﴿2:5﴾

Surah al Baqarah Ayat 1-5 Rumi

  1. Alif-Laaam-Meeem
  2. Zaalikal Kitaabu laa raiba feeh; hudal lilmuttaqeen
  3. Allazeena yu’minoona bilghaibi wa yuqeemoonas salaata wa mimmaa razaqnaahum yunfiqoon
  4. Wallazeena yu’minoona bimaa unzila ilaika wa maaa unzila min qablika wa bil Aakhirati hum yooqinoon
  5. Ulaaa’ika ‘alaa hudam mir rabbihim wa ulaaa’ika humul muflihoon

Baca: Keutamaan Membaca Surah Al-Waqiah, Rezeki Berlimpah hingga Pertolongan di Hari Kiamat

Surah al Baqarah Ayat 1-5 Terjemahan Bahasa Melayu

  1. Alif lam mim
  2. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
  3. (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
  4. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat
  5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dan Rabbnya, dan merekalah orang-orang yang beruntung.