Dalil Hadis Larangan Berpuasa Selepas Pertengahan Bulan Syaaban

Berpuasa pada bulan Syaaban termasuk dalam perkara sunat. Begitu juga disunatkan untuk memperbanyakkan berpuasa di dalamnya. 

Daripada Aisyah R.A. beliau berkata, Maksudnya: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa satu bulan penuh selain puasa Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda begitu banyak berpuasa berbanding bulan Syaaban.”

Puasa sunat bulan Syaaban juga mengandungi 1001 hikmah kelebihan dan fahilatnya tersendiri.

Antaranya ialah dalam usaha untuk mempersiapkan, membiasakan diri dalam membuat persediaan bagi menunaikan ibadah puasa serta amalan-amalan sunat yang lain pada bulan Ramadan.

Hadis Larangan Berpuasa Selepas Pertengahan Bulan Syaaban

Dalil Hadis Larangan Berpuasa Selepas Pertengahan Bulan Syaaban

Niat Puasa Bulan Syaaban

نويت صوم شهر شعبان سنة لله تعالى

Rumi: Nawaitu sauma syahri sya’ban sunnatan lillahi Ta’ala.

Terjemahan Bahasa Melayu: Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya’ban kerana Allah Ta’ala.

Hadis Larangan Berpuasa Selepas 15 Haribulan Syaaban

Mazhab Syafie: Berpuasa selepas pertengahan bulan Syaaban adalah haram atau makruh bagi sesiapa yang tidak biasa berpuasa dan jika ia tidak bersambung dengan hari sebelumnya. Dalam makna lain bagi orang yang berpuasa pada waktu tersebut sahaja. 

Kita dilarang berpuasa selepas 15 haribulan Syaaban bagi orang yang sudah berpuasa berturut-turut sejak awal bulan Syaaban, orang yang sudah biasa berpuasa pada hari tertentu (seperti hari putih atau puasa Nabi Daud dll); dan orang yang sentiasa berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis

Baca: 30 Kata Mutiara Islami Tentang Wanita Muslimah

Antara hadis yang menerangkan perkara ini adalah:

Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Janganlah saudara mendahului puasa Ramadan dengan puasa sunat sehari ataupun dua hari sebelumnya. Kecuali sekiranya seseorang itu sudah menjadikan itu sebagai satu kebiasaan, bolehlah beliau berpuasa pada hari berkenaan.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Abbas berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Janganlah saudara semua berpuasa sunat sebelum tibanya bulan Ramadan. Berpuasalah apabila saudara melihat anak bulan Ramadan dan berhentilah berpuasa apabila saudara melihat anak bulan Syawal. Sekiranya anak bulan Syawal tidak kelihatan kerana dilitupi awan, berpuasalah selama 30 hari.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi.

Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Apabila sudah tiba 15 haribulan Syaaban, janganlah saudara berpuasa sunat lagi.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi.

Ammar bin Yasir berkata, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada hari syabaan, meragui sama ada hari itu masih bulan Syaaban ataupun sudah tiba bulan Ramadan, orang itu tidak mentaati Rasulullah.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi.

Jika kita melihat dan berpegang kepada pendapat mazhab Syafie, maka terdapat hikmah mengapa tidak dibenarkan berpuasa pada waktu tersebut. Antara ialah supaya umat Islam menyiapkan diri mereka sebelum menempuh bulan Ramadan. Di mana pada bulan tersebut difardhukan bagi setiap orang Islam yang mukallaf untuk berpuasa sebulan penuh.

Manakala, pandangan Jumhur fuqaha’ pula mengatakan: Dibolehkan berpuasa selepas daripada 15 Sya’ban. Larangan berpuasa di dalam yang dinyatakan adalah ditujukan kepada sesiapa yang bukan menjadi kebiasaannya berpuasa.

Bagi sesiapa yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa maka ia tidak menjadi masalah untuk dia berpuasa pada waktu tersebut. Lebih-lebih lagi jika seorang wanita itu ingin menggantikan puasa Ramadannya yang masih belum sempat dilakukan. Terdapat hadis yang mengatakan Saidatina Aisyah ra menggantikan puasa Ramadannya pada bulan Syaaban. 

Rujukan: PERKIMDK