Koleksi Hadis Zikir Selawat Ke Atas Nabi Rumi, Jawi dan Yang Terbaik. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah swt dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad saw. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Surah al-Ahzab ayat 56
Zikir Selawat Ke Atas Nabi Jawi (Ringkas)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
Terjemahan Bahasa Melayu: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Zikir Selawat Ke Atas Nabi Rumi (Panjang)
Allahumma solli ala Muhammad, waala ali Muhammad, kama sollaita ala ali Ibrahim. Wa barik ala Muhammad, waala ali Muhammad, kama barakta ala ali Ibrahim, innaka hamidum-majid.
Terjemahan Bahasa Melayu: Ya Allah, berikanlah selawat untuk Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan selawat untuk keluarga Ibrahim. Dan berikanlah berkat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan berkat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau-lah Tuhan yang Maha Terpuji dan Mulia.
- Waktu Solat Dhuha dan Kelebihannya Menurut Hadis Nabi saw
- (PDF) Surah al Baqarah Ayat 284-286 dan Terjemahan
- Puasa Hari Putih – Hadis Galakan Puasa Sunat 3 Kali Sebulan
- Surah Ar Rahman PDF, Rumi, Kelebihan – Terjemahan Bahasa Melayu
- Surah Yasin PDF, Rumi Full Transliteration
Hadis Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi yang terbaik
Abdullah bin Amu bin al-‘As berkata, dia mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang membaca selawat untuk saya satu kali, Allah berselawat kepada orang itu dengan sepuluh selawat.” – Hadis Riwayat Muslim.
Abdullah bin Mas’ud berkata, dia mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Orang yang dekat kepada saya nanti pada hari kiamat adalah orang yang banyak membacakan selawat untuk saya.” – Hadis Riwayat Muslim.
Aus bin Aus berkata, dia mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, banyakkan membaca salawat untuk saya pada hari itu, kerana bacaan selawat saudara itu ditunjukkan kepada saya.”
Seorang daripada sahabatnya bertanya, “Wahai pesuruh Allah, bagaimanakah bacaan selawat kami dapat ditunjukkan kepada tuan, sedangkan tuan sudah menjadi tanah?”
Nabi Muhammad menjawab, “Sesungguhnya, Allah tidak mengizinkan bumi memakan jasad para nabi.”
– Hadis Riwayat Abu Daud.
Baca: Selawat Nabi, Dalil, dan Apa yang Perlu Difahami oleh Muslim
Abu Hurairah ra berkata, dia mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sungguh rendah dan hina kedudukan seseorang yang tidak suka membacakan selawat untuk saya apabila dia mendengar nama saya disebut.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Abu Hurrah melaporkan, Nabi Muhammad menerangkan, “Jangan saudara jadikan kubur saya tempat perayaan. Baakan selawat buat saya, kerana perayalah selawar saudara itu semuanya sampai kepada saya di mana sahaja saudara berada.” – Hadis Riwayat Abu Daud.
Abu Hurairah berkata, dia mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Bagi setiap orang yang membacakan salam untuk saya, Allah mengembalikan roh saya, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu.” – Hadis Riwayat Abu Daud.
Ali bin Abu Talib berkata, dia mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: ‘Orang bakhil adalah orang yang apabila dia mendengar nama saya disebut, dia tidak membacakan selawat untuk saya” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Fadhalah bin Ubaid berkata, “Nabi Muhammad mendengar orang yang berdoa semasa dalam sembahyang, tetapi dia tidak memuji-muji Allah, dan tidak membaca selawat untuk Nabi Muhammad saw.
Lalu baginda berkata, ‘Tergesa-gesa sekali orang ini.” Kemudian baginda memanggil orang itu, dan berkata, ‘Apabila seorang daripada saudara semua hendak berdoa, mulakan dengan memuji-muji Allah, kemudian bacakan selawat untuk saya, dan kemudian berdoalah semahu-mahunya.”
– Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi.