Koleksi Kata Hikmah Pepatah dan Kata Merendah Diri

  • Jangan terlalu berbangga dengan kelebihan diri, kerana itu adalah milik Allah, sebaliknya, berbangga lah pada kekurangan diri kerana itu milik kita.
  • Orang yang hebat sentiasa menjaga adab dan merendah diri dengan orang lain.
  • Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, tetaplah merendah diri walaupun kita yakin kita seorang yang boleh melakukan sesuatu.

Baca: [Viral] Free Images Happy Birthday For Guy – Male Friend, Cool Guy

Kata Hikmah Pepatah dan Kata Merendah Diri

Koleksi Bergambar Pepatah dan Kata Merendah Diri
  • Kunci syurga adalah sabar.. kunci kemuliaan adalah merendah diri..dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa.  (Ali bin Abi Talib)
  • Melihat ke atas sebagai motivasi bukan menjadi rendah diri dan melihat ke bawah agar lebih bersyukur bukan untuk menjadi sombong.
  • Mengalah dalam kerendahan hati, tidak akan membuat kita terhina, justeru sikap rendah hati ini akan membuat kita lebih disegani dan terhormat dihadapan orang lain.
  • Dalam hidup ini, tak salah pun kalau kita bersikap lebih rendah dari rumput, daripada kita bersikap sombong mendabik dada setinggi langit.
  • “Hiduplah dengan rendah hati, tidak peduli seberapa kekayaanmu”.  (Ali bin Abi Thalib)
Koleksi Bergambar Pepatah dan Kata Merendah Diri
  • Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
  • Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi.
  • Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Baca: 4 Orang Ketua Bidadari Syurga

  • Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri Ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Khalifah Abdul Malik Marwan)
  • “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik”. (Q.S.Al Furqan :63)
  • “Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’, dan matikanlah aku dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’, dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang-orang yang khusyu’ dan tawadhu’.  (HR.Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
  • MERENDAH DIRI lah, maka engkau menjadi seumpama BINTANG. Bintang itu dilihat oleh orang yang memerhatikannya di atas permukaan air sedangkan bintang itu TINGGI.
  • Jujur, amanah dan merendah diri ialah sifat yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin kerana sifat yang sangat terpuji itu sukar dijumpai pada hari ini.

Carian Berkaitan: Pepatah dan Kata Merendah Diri