Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.
Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
Maksudnya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam.” Maka jawab Baginda SAW, “Surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.”
(Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Koleksi Bergambar Hadis Kelebihan Surah Al Mulk
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah (surah As Sajdah dan surah Al Mulk).
“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ
(Hadis Riwayat Thabrani)
Baca: Hadis Tentang Kelebihan Surah Al Waqiah
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)
Rasulullah SAW juga mengajar untuk mengamalkan satu doa bagi memohon perlindungan dan azab kubur iaitu
“Allahumma inni a’uzu bika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhli, wa’auzu bika min ‘azabil qabri wa ‘auzu bika minfitnatil mahya walmamati” bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kelemahan, malas, penakut, pelupa, bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur dan fitnah hidup dan mati.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Baca: Contoh Karangan Laporan: Hari Keusahawanan Di Sekolah
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda,
Maksudnya, “Sebahagian daripada al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(HR Abu Daud dan at-Tirmizi)