Bergambar: 8 Kelebihan Ayat Kursi Beserta Hadis

Kita disunatkan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas menunaikan solat fardhu berdasarkan nas atau hadith di atas.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita.

Marilah kita sama-sama istiqomah dalam membaca ayat ini dalam kehidupan harian kita agar kita memperolehi manfaat yang banyak dan lebih dekat dengan Allah.

Terdapat banyak kelebihan ayat Kursi yang dapat diambil pengajaran. Antaranya ialah:-

Kelebihan Ayat Kursi Beserta Hadis

1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara oleh Allah SWT sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad SAW.

2. Setiap kali berwuduk lalu bacalah ayat Kursi nescaya Allah akan meninggikan darjat setinggi 40 kali dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya mendoakan kepada sipembaca sehingga ke hari kiamat.

3. Sesiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70 ribu malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampuanan dan mendoakan untuknya.

Bergambar: 8 Kelebihan Ayat Kursi Beserta Hadis

4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Kursi, akan dikurniakan Allah kebaikan yang tidak terhitung banyaknya kepada seisi rumah.

5. Membaca ayat Kursi boleh menghilangkan rasa marah, dijauhi malapetaka dan gangguan syaitan.

6. Jika di dalam kesempitan, Allah SWT memberi pertolongan dan jika seorang itu miskin dia akan menjadi kaya dengan izinNya.

7. Sesiapa yang pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangan segala kefakiran di depan matanya.

8. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali setiap pagi jumaat kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan.

Bergambar: 8 Kelebihan Ayat Kursi Beserta Hadis

—-

Baca: Koleksi Bergambar Hadis Kelebihan Surah Al Mulk

Ganjaran Syurga

“Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat fardu, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. (Iaitu hanya kematian sahaja yang menghalangnya, setelah mati, dia akan mudah ke syurga)

(HR al-Nasa’i dan al-Tabrani, dinilai Sahih oleh al-Albani).

—–

Bergambar: 8 Kelebihan Ayat Kursi Beserta Hadis

Menghalau Syaitan

“Sesungguhnya, seorang yang membaca ayat Kursi setiap kali masuk ke rumahnya, maka syaitan akan keluar dari rumah tersebut.”

(Tafsir Ibn Kathir)

—-

Dipermudahkan Dalam Menuntut Ilmu

Daripada Ubai bin Ka’ab, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: “Wahai Abu al-Munzir (gelaran Ubai bin Ka’ab), adakah kamu tahu ayat al-Quran apakah yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Baginda bertanya lagi: “Wahai Abu al-Munzir, adakah kamu tahu ayat al-Quran apakah yang bersama kamu itu yang paling agung?” Aku menjawab: “الله لَا إِلَه إِلَّا هُوَ الْحَيّ القيوم (Ayat Kursi).”

Baginda menepuk-nepuk dadaku lalu bersabda: “Demi Allah, kamu akan dipermudahkan untuk mendapat ilmu wahai Abu al-Munzir.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Baca: Contoh Karangan Syarahan : Amalan Gotong Royong

—-

Terpelihara Daripada Gangguan Syaitan

Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW mewakili aku untuk menjaga zakat Ramadhan, lalu datanglah seseorang dan mencuri sebahagian dari makanan tersebut, maka aku menahannya, lalu aku berkata akan membawanya kepada Rasulullah. Di akhir hadis tersebut syaitan tersebut berkata: “Apabila engkau menuju ke tempat tidurmu maka bacalah ayat kursi, kerana (dengan membacanya) akan sentiasa bersamamu malaikat dari Allah yang menjagamu, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi.

Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Syaitan itu, jujur kepadamu padahal ia (syaitan) adalah penipu.”

(Hadis Sahih Bukhari no.4723)

Salah Satu Ayat Paling Agung

“Wahai Abu al-Munzir (gelaran bagi Ubai), apakah ayat yang paling agung di dalam al-Quran? Ubai lalu membaca permulaan ayat Kursi. Rasulullah lalu memegang dada Ubai dan memujinya: “Bergembiralah (tahniah buatmu) dengan ilmu (yang ada padamu) wahai Abu al-Munzir.

(HR Muslim)

Imam al-San’ani  berkata, bermaksud: “Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”.

(Lihat: Subul al-Salam, 297/1)

Carian Berkaitan: Kelebihan Ayat Kursi