Hadis – 10 Kelebihan Surah Lazim Terpilih

SURAH AL-FATIHAH

Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah SAW bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)

Hadis - 10 Kelebihan Surah Lazim Terpilih

SURAH YAASIN

Anas ra. mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki jantung dan hati, jantung Al-Qur’an adalah surat Yaasin. Sesiapa membaca surat Yaasin maka Allah menetapkan baginya pahala menyamai membaca Al-Quran sepuluh kali.” (HR. Tirmidzi)

Rasulullah SAW juga bersabda : “Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

SURAH AD-DUKHAN

Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

Hadis - 10 Kelebihan Surah Lazim Terpilih

SURAH AL-WAQI’AH

Ibnu Mas’ud ra. mengemukakan, Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, maka ia tidak ditimpa akan merasai kepapaan untuk selamanya.” (HR. Baihaqi)

SURAH AL-MULK

Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ada sebuah surat dari Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat, ia memberi syafaat bagi seseorang (yang membacanya) hingga diampuni dosanya, yakni Tabaarakal ladzi biyadihil mulku (Surat Al- Muluk).” (HR. Admad dan Ibnu Hibban).

Hadis - 10 Kelebihan Surah Lazim Terpilih

SURAH AL-KHAUTHAR

Ibnu Umar ra. mengabarkan, Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah seseorang dari kalian sanggup membaca seribu ayat setiap hari? Siapa yang boleh melakukan itu wahai Rasulullah? Tanya sahabat. Tidakkah seseorang diantara kamu boleh membaca “Alhaakumuttakatsur” (HR. Hakim dan Baihaqi)

Baca: Bergambar: 5 Hadis Kelebihan Surah Yasin

SURAH AL-KHAFIRUN

“Sesiapa yang membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.” (Riwayat At-Tarmizi).

SURAH AL-IKHLAS

Daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan, dan ketika orang itu mengimami sahaba-sahabatnya yang lainnya di dalam solat mereka dan beliau mengakhiri bacaannya dengan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ, maka apabila mereka pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda pun bersabda: “Tanyalah beliau, mengapa beliau berbuat demikian?” Lalu mereka bertanya kepadanya. Beliau pun menjawab: “Kerana surat ini (mengandung) sifat al-Rahman, dan aku mencintai membaca surah ini,” lalu Nabi SAW bersabda: “Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya”. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Aku datang bersama Rasulullah SAW lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah menjadi wajib?”. Kata Baginda: “Syurga (baginya).” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Baca: Himpunan Pantun Sweet, Manja, Pickup line

SURAH AL-FALAQ

Nabi Muhammad shallallahu SAW, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).” (HR Muslim r.a.)

SURAH AN-NAS

Daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Bahawa Nabi SAW apabila menuju ke pembaringannya (untuk tidur) setiap malam, Baginda akan menghimpunkan kedua tangannya (yakni menadah tangan) dan meniupnya setelah Baginda membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangannya pada tempat yang mampu dicapai olehnya dari setiap tubuhnya, dimulakan dari kepala, muka, dan apa yang boleh ditemui daripada badannya, sebanyak tiga kali. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Carian Berkaitan: Kelebihan Surah Lazim