Terdapat hadis Nabi Muhammad yang menyentuh mengenai orang yang melaungkan azan dan Iqamat.
Menurut Riwayat at Tirmidzi, Nabi SAW pernah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang melaungkan asan, maka dialah yang mengiqamatkan.
Oleh yang demikian, sebaiknya orang yang melaungkan azan dan iqamat adalah orang yang sama. Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi masalah jika orang yang melaungkannya adalah berbeza. Hal ini kerana, mungkin situasinya bilal datang lewat, maka orang lain yang membantu menggantikannya untuk melaungkan azan.
Secara kebetulan pula bilal sampai sebaik sahaja azan habis dilaungkan. Makanya, bilal tersebut boleh melaungkan iqamat pula.
Wallahualam