Adab Menziarahi Jenazah dan Kubur Bagi Wanita

Adab Menziarahi Jenazah

  • Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut

“innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji’uun”,

Seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

(Surah al­Baqarah, ayat 156)

Adab Menziarahi Jenazah dan Kubur Bagi Wanita
  • Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah
  • Menunaikan solat jenazah
  • Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian
  • Melahirkan perasaan dukacita kepada waris diatas kembalinya ke rahmatullah
  • Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan duka cita keluarga jenazah
  • Mengucapkan takziah kepada keluarga jenazah tidak melebihi tiga hari
  • Disunatkan membanyakkan membaca al-quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan

Perkara Yang Dilarang Ketika Menziarahi Jenazah

  • Tidak redha dengan takdir Allah
  • Kesal terhadap kematian seperti meratap dan meraung
  • Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat jenzah atau bergurau senda
  • Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu

Melawat Keluarga Orang Mati

  • Seperti kaum lelaki, wanita juga disyariatkan berta’ziyah (melawat) keluarga orang yang mati agar dapat menghiburkan dan mengurangi kesedihan mereka, menyampaikan pesan agar rela menerima takdir dan sabar dengan menyebutkan hadis-hadis dari Rasulullah SAW. Tetapi jika tidak hafal, cukuplah dengan pesan-pesan positif yang dapat mencapai tujuan dan tidak bertentangan dengan ajaran agama

Salah satu kalimah ta’ziyah yang diajarkanoleh Nabi SAW adalah ucapan:

‘Hanya milik Allah segala sesuatu yang diambil dan diberi oleh-Nya. Dan semuanya memiliki batas tertentu yang dicatat di sisi-Nya, hendaklah engkau sabar dan tulus dengan hanya mengharapkan balasan dari-Nya’

  • Makruh membuat pertemuan (acara) di tempat khusus, baik bagi wanita mahupun lelaki, untuk berta’ziyah. Alasannya, menurut Imam Asy-Syafi’e kerana hal itu akan semakin menambah kesedihan dan membebani perbelanjaan. Jarir Bin Abdullah menyatakan,

‘Selama ini, kami (para sahabat) menganggap berkumpul di ruamah keluarga orang yang meninggal (untuk berta’ziyah) dan kesibukan mereka untuk membuatkan makanan sebagai bahagian dan ratapan ( niyahah).’

Diriwayatkan olrh Ibnu Majah, No.1612 dan ahmad Jil. 2 halaman 204

Nota: lakukanlah ta’ziyah sesuai dengan kemungkinan yang ada

Baca: Himpunan Kata-Kata dan Ayat Al Quran Tentang Sabar

  • Keluarga orang yang meninggal makhruh menyiapkan makanan untuk orang-orang yang berta’ziyah kerana hal itu bertentangan dengan sunnah Rasullah SAW yang mana menekankan agar kaum kerabat dan tetangga orang yang meninggallah yang harus menyediakan makanan untuk keluarga orang yang meninggal.

Abdullah Bin Ja’far, Rasulullah SAW bersabda:

‘Siapkanlah makanan untuk seisi keluarga Ja’far, kerana mereka kini sedang mendapat urursan (musibah) yang membuat mereka tidak sempat memikirkannya.’

Hadis riwayat Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Ziarah kubur bagi wanita

Ada tiga pendapat mengenai hukum ziarah kubur bagi wanita:

  • Haram
  • Makhruh (tidak sampai pada darjat haram)
  • Mubah (boleh)

Pendapat yang lebih kuat berdasarkan dalil yang ada adalah, jika wanita berziarah ke kuburan dengan tujuan untuk mengambil pelajran dan mengingatkan diri kepada kehidupan akhirat, dengan meng

Dalil-dalil yang berkaitan dengan hukum tersebut :

‘Nabi SAW telah melewati seorang wanita yang sedang bersimpuh dekat dengan sebuah kuburan. Baginda pun berkata kepada wanita tersebut, ‘Bertaqwalah kepada Allah dan sabarlah.’ 

Diriwayatkan oleh Bukhari, No 1283 dan Muslim, No.926

Disini , baginda tidak melarangnya melakukan ziarah kubur

Baca: Who Is A True Friend? – Friendship Quotes For BFF

Adab ziarah Kubur

  • Apabila memasuki kawasan perkuburan Muslim, ucapkanlah salam kepada mereka. Rasulullah SAW telah mengajar beberapa ucapan, salah satu darinya ialah:

‘Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian.’

  • Menutup aurat
  • Dilarang berjalan atau melangkah ke atas kubur atau duduk di kubur yang lain
  • Tidak menangis meratapi kubur
  • Haram melakukan perkara khurafat
  • Tidak Memakai Kasut Atau Selipar.

Rasulullah SAW pernah melihat seorang lelaki yang berjalan di antara kubur dengan memakai sepasang kasut, lalu baginda menegurnya:

Wahai pemilik kasut al-Sibtiyyah! Celakalah engkau! Lemparkanlah kasut al-Sibtiyyah engkau itu.” Maka lelaki itu menoleh lalu tatkala mengenali yang menegur itu ialah Rasulullah SAW, dia membuka kedua-dua kasutnya itu dan melemparnya.

Oleh itu apabila berjalan di antara kubur atau di celah-celah kubur, tanggalkanlah kasut atau selipar. Jika kawasan perkuburan itu tidak sesuai untuk berjalan tanpa alas kaki, maka memadai berdiri di tepi kawasan kubur. Ini kerana manfaat ziarah kubur dapat diperolehi oleh penziarah dengan berdiri di tepi perkuburan, tidak semestinya di tengah-tengah perkuburan.

Carian Berkaitan: Adab Menziarahi Jenazah dan Kubur Bagi Wanita