Air Mutlak merupakan air yang bersih sifatnya. Ia boleh digunakan untuk kegunaan biasa, membersih (mandi, membasuh, minum) dan sah digunakan untuk mengangkat hadas (hadas besar, hadas kecil dan beristinjak).
Air mutlak ini merangkumi semua jenis air yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi dalam sebarang sifat asalnya.
Ia tetap suci tidak kira sama ada rasanya manis, masin; berwarna hitam atau putih; berbau wangi atau busuk selagimana ia adalah sifat asalnya.
Air Mutlak adalah kekal suci jika memenuhi syarat berikut:
- Masih kekal dalam keadaan asalnya – tidak berubah salah satu daripada sifat -sifatnya iaiatu bau, rasa dan warna.
- Berubah oleh sesuatu yang tidak menghilangkan kesuciannya. Contohnya seperti tanah yang suci, garam serta rumpai laut.
- Belum pernah digunakan untuk mengangkat hadas kecil / besar (Jika air tersebut kurang daripada 2 kolah (270 liter)
8 Doa Murah Rezeki Berniaga – Jawi & Rumi
Dalil al Quran dan Hadis Tentang Air Mutlak
Air mutlak boleh menyucikan – menghilangkan najis, berwuduk. mandi junub. Firman Allah SWT, maksudnya: Dan Kami menurunkan dari langit air yang bersih dan suci. – Surah al Furqan Ayat 48
Firman Allah SWT, maksudnya: Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyusikan kamu dengannya. – Surah al-Anfal ayat 11
Dari al-Mughirah bin Abu Burdah bahawa dia mendengar Abu Hurairah berkata, maksudnya: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, katanya: ‘Wahai Rasulullah, biasanya kami berlayar ke laut dan hanya membawa sedikit air. Jika kami gunakannya untuk berwuduk, kami akan dahaga. Bolehkah kami berwuduk dengan air laut?’ Baginda bersabda: ‘Airnya suci dan bangkainya (ikan) halal.’ – Hadis Riwayat oleh 7 orang sahabat: Abu Hurairah, Jabir bin Abdullah, Ali bin Abu Talib, Anas bin Malik, Abdullah bin ‘Amr, al Firasi dan Abu Bakar al Siddiq
Dua Sumber Air Mutlak
- Air yang turun dari langit – Air hujan, salji / ais yang cair
- Air yang terbit dari tanah – Air sungai, air laut, air perigi, air mata air, air kolam, air paip, air terusan, air mineral, ais daripada air mutlak yang dibekukan, air daripada mesin penapis
Air Hujan
Air yang turun daripada langit. Firman Allah SWT, maksudnya: Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengannya serta menghapuskan daripada kamu gangguan syaitan – Surah al Anfal ayat 11
Baca: Malas Solat: Hadis Meninggalkan Solat
Salji / Ais Yang Cair
Kedua-duanya adalah air yang turun daripada langit yang membeku di udara kerana terlalu sejuk. Ia jatuh ke bumi dalam keadaan beku. Salji dan ais ini jika dicairkan boleh digunakan untuk membasuk anggota wuduk dan mandi wajib. Ia juga boleh digunakan untuk bersuci. Rasulullah pernah berdoa, maksudnya: Ya Allah, bagi-Mu segala pujian segenap langit dan bumi, dan segenap apa sahaja yang Engkau kehendaki. Ya Allah, sucikanlah diriku dengan salji dan air batu. Ya Allah, sucikanlah diriku daripada segala dosa dan kesalahan sepertimana dibersihkan baju putih itu daripada kotoran. – Hadis Riwayat Muslim dan al-Nasa’i
Air Sungai
Boleh digunakan untuk bersuci berdasarkan kepada ijmak ulama.
Air Laut
Ia berdasarkan kepada sabda Rasulullah SWT, maksudnya: Airnya suci dan bangkai (ikan) di dalamnya juga halal (dimakan) – Hadis Riwayat al Tirmizi.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: Sekumpulan manusia menemui Rasulullah, lalu berkata: ‘Kami menangkap ikan di laut dan membawa bersama kami sedikit air tawar kerana bimbang kehausan. Bolehkah kami berwuduk dengan air laut yang masin?’ Jawab Baginda, ‘Ya, berwuduklah dengannya.‘ – Hadis Riwayat Imam Baihaqi
Baca: Bergambar Ucapan Ulang Tahun Untuk Anak Laki-Laki
Air Perigi
Sabda Rasulullah, maksudnya: Air itu sentiasa suci dan tiada apa pun yang dapat menajiskannya. – Hadis Riwayat Abu Daut dan al Tirmizi.
Air Mata Air
Ia keluar daripada tanah juga. Sama seperti air sungai.
Air Kolam
Walaupun sifatnya berbeza mengikut persekitaran, air yang tidak mengalir (bertakung) ini juga boleh digunakan untuk mengangkat hadas.
Air Mutlak Yang Berubah
Terbahagi kepada 2 iaitu:-
PERTAMA: Perubahan pada air yang tidak menjejaskan kesuciannya
Air mutlak yang berubah sedikit atas sebab sesuatu yang suci (bukan najis) serta tidak memberi kesan kepada kesucian air tersebut. Begitu juga halnya dengan sukatan 2 kolah yang tidak berubah rasa, bau dan warna.
Antara perkara / benda yang sukar untuk dihindari daripada bercampur dengan air ialah:-
- Tanah
- Tumbuhan air seperti kiambang, bunga teratai
- Dedaun pokok yang tumbuh berhampiran dengan sumber air
- Sulfur dalam tanah
- Air garam
Antara bahan yang mengubah air, namun tidak bercampur denganya ialah minyak, kapur barus, tar, lilin, ranting atau dahan kering / basah
Daripada Ummu Hani, katanya: Rasulullah dan Maimunah pernah mandi dalam satu bekas air yang mempunyai kesan tepung yang diuli – Hadis Riwayat Ibnu Majah
Daripada Ummu Hani, katanya: Saya menemui Rasulullah pada hari Pembukaan Makkah ketika waktu duha. Baginda meminta air, lalu saya menuangkan air ke dalam sebuah bekas dan saya melihat kesan tepung yang diuli di dalamnya. Baginda meminta kain dan menutup pandangan saya dengannya. Kemudian Baginda mandi dan bersolat sunat Duha lapan rakaat. – Hadis Riwayat al Baihaqi
KEDUA: Air mutlak yang makruh digunakan
Air mutlak berkuantiti sedikit yang diminum oleh haiwan (contohnya seperti kucing, burung, tikus, ayam). Air tersebut menjadi najis kerana haiwan-haiwan ini selalunya memakan benda yang najis seperti tahi atau bangkai serta punya kesan najid yang masuk ke dalam air.
Walaubagaimanapun, atas sebab istihsan, air ini masih boleh digunakan untuk berwuduk atau mandi wajib. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: Sesungguhnya kucing tidak najis kerana haiwan ini dari haiwan yang berada di sekeliling kamu. – Hadis Riwayat Abu Daud