Menjamu orang yang berpuasa ketika bulan Ramadan merupakan antara amalan yang digalakkan. Umumnya, pihak masjid atau surau di Malaysia akan menyediakan juadah makanan bagi orang yang berbuka puasa.
Ia kemudiannya bersambung selepas solat Terawih
Erti Moreh
MOREH merupakan istilah yang merujuk kepada jamuan selepas solat Terawih. Jamuan seumpama ini merupakan antara peluang untuk kita beramah mesra, bertanya khabar dan secara tidak langsung menjadi antara tarikan untuk datang ke rumah Allah disamping mengimarahkannya sepanjang bulan Ramadan.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa berbuka puasa, nescaya baginya seperti pahala mereka tanpa dikurangkan sedikitpun daripada pahala mereka.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Baca: Niat Sujud Syukur – Doa, Dalil, Cara, Hukum & Sebab
Kelebihan Menjamu Orang Puasa Berbuka
Amalan bersedekah seperti membuat jamuan makan-makan khususnya bagi orang yang berbuka puasa merupakan antara amalan yang dituntut dalam usaha untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah swt.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Berkumpulah atas (disebabkan) makananmu dan sebutlah nama Allah, nescaya akan diberkati bagimu padanya.
Hadis Riwayat Ahmad
Perlu difahami, jamuan yang disediakan tidak perlu lengkap atau dihadiri bilangan ahli yang ramai. Tidak semestinya. Cukup sekadar apa yang ada dan semampunya. Bahkan jika sekadar membeli / menjamu buah tamar pun sudah cukup selagimana ia dilakukan dengan ikhlas. Juadah tersebut pula boleh dihantar atau disedekahkan di sekitar masjid atau surau berdekatan, rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, jiran tetangga, gelandangan, sanak saudara mahupun kenalan.
Menurut sebahagian ulama, terdapat 3 peringkat bagi orang yang berpuasa.
- Puasa Awam – individu yang berpuasa sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa. Pada masa sama masih melakukan perkara makruh dan mengabaikan perkara sunat.
- Puasa Khas – Tingkat yang lebih tinggi berbanding peringkat puasa awam. Individu ini juga menjaga akhlak dan melakukan pelbagai perkara sunat / meninggalkan perkara makruh demi menjaga kualiti dan pahala puasanya.
- Puasa Paling Khas – Peringkat tertinggi. Badan individu ini turut sama berpuasa dan hatinya sentiasa dipenuhi dengan zikir dan mengingati Allah swt.