13 Hadis Tentang Ikhlas dan ayat Quran Sebagai Panduan

“Ikhlas” ialah perkataan Arab yang diterjemahkan kepada “ikhlas” atau “kemurnian niat.”

Ia sering digunakan untuk merujuk kepada keikhlasan / ketulusan dalam melakukan apa jua tindakan mahupun perbuatan. Islam menekankan konsep keikhlasan yang juga dianggap sebagai aspek penting dalam ibadah.

Dimana, amal ibadah dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Istilah ini juga selalu dikaitkan dengan surah ke-112 dalam al-Quran iaitu Surah Al-Ikhlas. Nama “Al-Ikhlas” itu sendiri mencerminkan tema keikhlasan dan pengabdian kepada Allah yang Maha Esa. Hadis tentang ikhlas

Konsep ikhlas juga digunakan secara umum untuk menunjukkan keikhlasan, ketulusan dan kejujuran hati dalam niat dan tindakan seseorang, tanpa mengira apa juga pegangan agamanya.

Hadis Tentang Ikhlas dan ayat Quran Sebagai Panduan

(Bergambar) 13 Hadis Tentang Ikhlas dan ayat Quran Sebagai Panduan dan Tauladan

Hadis Nabi Pertama

Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi SAW bersabda: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”. – Hadis Riwayat al-Thabarani

Hadis Nabi Kedua

Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. – Hadis Riwayat al-Bukhari

Hadis Nabi Ketiga

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW, maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu” – Hadis Riwayat Muslim

(Bergambar) 13 Hadis Tentang Ikhlas dan ayat Quran Sebagai Panduan dan Tauladan

Hadis Nabi Keempat

Dari Umar Ibnul Khaththab Radiallahuanhu, ia berkata; Aku mendengar Rasulullah Salaulahu Alaihi Wasalam bersabda: Amal itu tergantung dengan niatnya, dan bagi setiap orang balasannya sesuai dengan apa yang di niatkannya. Barangsiapa berhijrah dengan niat kepada Allah dan RasulNya, maka ia mendapatkan balasan hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa berhijrah dengan niat kepada keuntungan dunia yang akan diperolehnya, atau wanita yang akan dinikahinya, maka (ia mendapatkan balasan) hijrahnya kepada apa yang ia niatkan tersebut. – Hadis Riwayat Bukhari & Musli

Hadis Nabi Kelima

“Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan kecuali yang murni hanya untuk-Nya, dan dicari wajah Allah dengan amalan tersebut. – Hadis Riwayat An Nasaie

Hadis Nabi Keenam

Abu Musa Abdullah bin Qais Al-Asy’ariy ra berkata, “Rasulullah SAW pernah ditanya, manakah yang termasuk berperang di jalan Allah? Apakah berperang karena keberanian, kesukuan, atau yang berperang karena riya’? Rasulullah SAW menjawab, ‘Siapa saja yang berperang dengan maksud agar kalimat Allah terangkat, itulah perang di jalan Allah.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: (Download) Surah Al Kahfi Rumi, Terjemahan, Jawi, PDF

(Bergambar) 13 Hadis Tentang Ikhlas dan ayat Quran Sebagai Panduan dan Tauladan

Ayat Quran Tentang Ikhlas

Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya”. – Surah al-Zumar:11

Firman Allah SWT: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya”. – Surah al-Baniyyah:5

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah). – Surah Al-An’am: 162-163

“Katakanlah, ‘Tuhanku menyuruhku untuk berlaku adil. Dan hadapkanlah wajahmu (kepada Allah) pada setiap solat, dan sembahlah Dia dengan mengikhlaskan ibadah semata-mata hanya kepada-Nya. Kamu akan dikembalikan kepada-Nya sebagaimana kamu diciptakan semula.” – Surah Al-A’raf: 29

Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

“Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya. – Surah Ghafir: 14

“Dialah yang Maha Hidup, tidak ada tuhan selain Dia. Maka sembahlah Dia dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.” – Surah Ghafir: 65

Dari Umar Bin Khaththab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Amal itu tergantung dengan niatnya, dan bagi setiap orang balasannya sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa berhijrah dengan niat kepada Allah dan RasulNya, maka ia mendapatkan balasan hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah dengan niat kepada keuntungan dunia yang akan diperolehnya, atau wanita yang akan dinikahinya, maka (ia mendapatkan balasan) hijrahnya kepada apa yang ia niatkan tersebut.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Carian Berkaitan: (Bergambar) 13 Hadis Tentang Ikhlas dan ayat Quran Sebagai Panduan dan Tauladan (Bergambar)