Assalamualaikum. Semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan al-Quran serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara lidah kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW.
Antara kelebihan membaca Surah Yasin ialah:-
Bergambar: 5 Hadis Kelebihan Surah Yasin
Diampunkan dosanya oleh Allah SWT
Jundub R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca surah Yasin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya.”
(Hadis Riwayat Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban)
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Meringankan kesakitan ketika ajal
Daripada Ma’qal bin Yaasar R.A. bahawasanya Baginda S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Hati al-Quran ialah surah Yasin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampun oleh Allah dosanya dan bacalah surah Yasin kepada mereka yang hampir mati dan selepas mati.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasai)
Baca: Bergambar: 13 Kelebihan Membaca Al Quran
Ditunaikan hajat
Sabda nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : “Surah Yasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “Al-Muimmah” (yang menyelubungi) pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan.”
(Hadis Riwayat Said bin Mansur dan al-Baihaqi dari Hasan bin Aziah)
Mendapat ganjaran pahala
Dari Anas R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca surah Yasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca seluruh al-Quran.”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835)
Baca: Penerangan, Jenis dan Contoh Ayat Tunggal
HUKUM MEMBACA SURAH YASIN PADA SETIAP MALAM JUMAAT
Tidak ada dalil yang menyebut waktu-waktu tertentu untuk membaca Surah Yasin seperti malam Jumaat, ketika kematian mahupun ketika musim menghadapi peperiksaan atau sebagainya. Begitu juga tidak ada dalil yang melarang ia dibaca pada waktu-waktu tersebut.
Carian Berkaitan: Kelebihan Surah Yasin