“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab: 56)
Ayat Quran & Hadis Kelebihan Selawat
“Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.”
(Surah al-Ahzab: 41)
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, niscaya Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.”
(Hadis Riwayat An Nasa’i)
Baca: Bergambar – Koleksi Hadis Kelebihan Surah Al Kahfi
“Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.”
(Hadis Riwayat al-Tabrani)
“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Baca: Koleksi Doa Pagi Hari – Murah Rezeki
Dari Anas bin Malik r.a beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta di tinggikan baginya sepuluh darjat di syurga kelak.”
(Hadis Riwayat Ahmad , Nasa’ie dan Al-Hakim)
Dari Abi Umamah r.a, beliau berkata Rasulullah saw bersabda :
“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannyadenganku.”
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.”
(Hadis Riwayat Tabrani)
Dari Anas bin Malik r.a beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta di tinggikan baginya sepuluh darjat di syurga kelak.”
(Hadis Riwayat Ahmad , Nasa’ie dan Al-Hakim)
“Barang siapa yang berselawat kepadaku 100 kali pada hari Jumaat maka is akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya”.
(Hadis Riwayat Abu Naim)
Carian Berkaitan: Hadis Kelebihan Selawat