Cara-Cara dan Niat Qada Solat – Bergambar

Meninggalkan solat fardhu adalah sama sepeti seorang itu berhutang dengan Allah SWT. Orang yang meninggalkan ibadah wajib seperti solat fardhu hendaklah menggantikannya.

Daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda, ertinya: “Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (digantikan)” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan al-Nasa’i.

Maka, kecelakaan besar bagi orang-orang Ali Solat. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.

Surah al-Ma’uun 107:4-5

Pada masa yang sama, mereka yang meninggalkan solat dek kerana tertidur mahupun terlupa, wajib untuk menggantikannya secepat mungkin.

Daripada Anas bin Malik. Rasulullah bersabda, ertinya: Sekiranya seseorang itu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia bersolat apabila ingat kembali. Kerana Allah SWT berfirman “Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”

Hadis Riwayat Muslim dan al-Bukhari

Baca: Koleksi 6 Hadis Tentang Ibadah Korban

Qada solat merujuk kepada menunaikan solat yang telah terlewat atau tertinggal pada waktu-waktu yang telah ditetapkan sebelumnya. Dalam Islam, menunaikan solat tepat pada waktunya adalah kewajiban, namun dalam situasi tertentu, seperti terlupa, sibuk, atau situasi kesihatan yang memaksa, seseorang mungkin melewatkan waktu solat. Oleh kerana itu, konsep qada solat merupakan cara untuk membayar atau menunaikan solat yang tertinggal tersebut.

Sebagai seorang Muslim, apabila tidak menunaikan solat fardhu pada waktunya, dianjurkan untuk segera melaksanakan solat qada saat mengingatinya. Mengganti solat yang terlewat ini dengan niat qada dan dilaksanakan secepat mungkin adalah penting dalam Islam, kerana solat merupakan salah satu rukun Islam yang utama

Dalam melaksanakan qada solat, niat yang ikhlas untuk memperbaiki ketaatan kepada Allah dan memperbaiki hubungan kerohanian dengan Allah yang Maha Esa.

Hukum Qada Solat: Tidak Wajib Untuk Menggantikannya Kerana Uzur

  1. Perempuan yang didatangi darah haid
  2. Perempuan yang didatangi darah nifas
  3. Orang yang pada asalnya adalah kafir, apabila memeluk agama Islam, dia tidak wajib untuk menggantikan solat yang ditinggalkan sepanjang mereka belum memeluk Islam.
  4. Orang Gila
  5. Kanak-Kanak kecil yang tidak berakal sehinggalah dia boleh berfikir.

Contoh Niat dan Cara Qada Solat – Musafir

Niat Qada Solat Subuh

Cara Qada Solat

Baca: Himpunan Ucapan Pengantin Baru

Niat Qada Solat Zuhur

Cara-Cara dan Niat Qada Solat

Solat Asar

Solat Maghrib

Cara-Cara dan Niat Qada Solat

Solat Isyak

Cara-Cara dan Niat Qada Solat

Seseorang yang meninggalkan Solat Zuhur tatkala sedang bermusafir, boleh menggantikannya dengan 2 rakaat Solat Zuhur selagimana dia masih dalam keadaan bermusafir yang sama.

Berbeza pula halnya jika seseorang yang telah meninggalkan Solat Zuhur ketika musafir, namun perlu menggantikannya sebanyak 4 rakaat jika dia ingin menggantikannya ketika bermukim.

Tidak Tahu Bilangan Solat Yang Perlu Digantikan

Orang yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan (tidak diketahui jumlahnya) hendaklah menggantikan solat-solat tersebut sehingga dia yakin semuanya selesai digantikan.

Tidak wajib untuk menentukan waktu solat mana yang hendak digantikan. memadai dengan berniat untuk solat tertentu seperti Asarm Maghrib dan sebagainya. Tidak kira berapa lama pun seseorang itu meninggalkan solat, kewajiban menunaikan solat fardhu itu tetap wajib ke atas mereka dan wajib untuk digantikan.