(Bergambar) Hadis Sahih dan Ayat al Quran Mengenai Cara Hidup Islam

(Bergambar) Hadis Sahih dan Ayat al Quran Mengenai Cara Hidup Islam

Galakan Untuk Berbuat Kebaikan

Firman Allah SWT dalam surah al Baqarah ayat 197, “Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan diketahui oleh Allah.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Jasiyah ayat 15, “Sesiapa yang beramal soleh, amal itu untuk dirinya sendiri.”

Abu Zar berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada beliau, maksudnya: Saudara jangan sesekali memperkecilkan satu amalan yang baik walau bagaimana kecil sekalipun. Walaupun hanya senyum kepada kawan saudara. – Hadis Riwayat Muslim

Doa Memperbaiki Urusan Dunia & Akhirat

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Adalah Rasulullah SAW sering berdoa: Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan)” – Hadis Riwayat Muslim

(Bergambar) Hadis Sahih dan Ayat al Quran Mengenai Cara Hidup Islam

Koleksi Panduan Cara Hidup Islam Untuk Rujukan Bersama

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. – Surah al Baqarah ayat 97

Jabir berkata, Nabi Muhammad SAW menjelaskan: Tiap-tiap perbuatan yang baik mendapat pahala sedekah. – Hadis Riwayat Bukhari

Abu Hurairah ra berkata, Nabi SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa sahaja yang pergi ke masjid pada sebelah pagi ataupun petang, Allah memberikannya jaminan rezeki di syurga. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abdullah bin Mas’ud berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rosaklah orang yang melampau dalam beragama.” Baginda menyebutnya 3 kali. – Hadis Riwayat Muslim

Abu Mas’ud berkata, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menunjukkan perbuatan baik, dia mendapat pahala sebanyak pahala orang yang melakukan perbuatan baik itu. – Hadis Riwayat Muslim

Firman Allah SWT dalam surah al Maidah ayat 2, ‘Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam melakukan bekabijan dan bertakwa.’

(Bergambar) Hadis Sahih dan Ayat al Quran Mengenai Cara Hidup Islam

Hadis Nabi – Erti kebaikan dan Dosa

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi – Berhati-Hati Dalam Menyebarkan Berita

Daripada Hafsh bin ‘Ashim RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah seseorang (dianggap) berdusta apabila dia menceritakan semua apa yang didengari.” – Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud

Hadis Nabi – Doa Apabila Diuji

Daripada Ummi Salamah RA – Isteri Nabi, beliau berkata; Aku mendengar

Rasulullah bersabda: “Tidaklah seseorang hamba apabila tertimpa musibah lalu dia mengucapkan :

Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya), melainkan pasti Allah akan mengurniakan ganjaran pahala pada musibahnya itu dan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik darinya.” – Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad

(Bergambar) Hadis Sahih dan Ayat al Quran Mengenai Cara Hidup Islam

Hadis Nabi – Sanggul Bonggol Unta

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan daripada penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti seperti ekor lembu untuk mereka memukul manusia dengannya dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya (mengoda lelaki ke arah melakukan zina). Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang senget (supaya orang kagum kepada mereka). Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan tidak akan menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu dari jarak perjalanan tertentu.” – Hadis Riwayat Muslim

Keutamaan memberikan nafkah kepada keluarga

Nabi SAW bersabda: “Jika seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya dengan niat mengharapkan ganjaran, maka baginya adalah pahala sedekah.” – Hadis Riwayat Bukhari

Haram Melakukan Kezaliman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai (melakukan) kezaliman kepada saudaranya, hendaklah dia membebaskan dirinya daripada kezaliman tersebut (meminta maaf) kerana sesungguhnya (pada hari kiamat) dinar dan dirham tidak akan memberi manfaat sedikitpun, sebelum amalan kebaikannya diambil untuk saudaranya (bagi menebus kezaliman yang dilakukan). Jika dia tidak mempunyai kebaikan lagi, maka akan diambil kejahatan yang dimiliki saudaranya dan dilemparkan ke atasnya.” – Hadis Riwayat Bukhari

Musibah Penghapus Dosa

Daripada Abu Sa’id Al Khudri dan Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.” – Hadis Riwayat Bukhari

Muslim yang Baik

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW bersabda: “Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.” – Hadis Riwayat Bukhari

Apa Erti Kekayaan?

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa).” – Hadis Riwayat Bukhari, Muslim

Kewajipan Menjaga Lidah dan Kemaluan

Daripada Sahl bin Sa’d RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.” – Hadis Riwayat Bukhari