SUJUD TILAWAH merupada sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca atau mendengar ayat-ayat sajdah dalam al Quran
Dalil Pensyariatan Sujud Tilawah Dalam al Quran dan Hadis
Firman Allah SWT, maksudnya: Dan (apakah pula alsannya) apabila dibacakan al Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan tidak sujud? – Surah al Insyiaqq: 21
Daripada Ibnu Umar, katanya: Nabi SAW membaca kepada kami satu surah yang mempunyai ayat sajdah lalu Baginda sujud dan kami pun sujud hingga salah seorang daripada kami tidak mempunyai tempat untuk meletakkan dahinya. – Hadis Riwayat Bukhari
Ibnu Umar berkata: Bahawa Nabi SAW membaca kepada kami al Quran, apabila sampai pada ayat-ayat sajdah, Baginda akan bertakbir dan sujud, lalu kami pun bersujud bersama dengannya. – Hadis Riwayat Abu Daud
Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: Apabila seorang anak Adam membaca ayat sajdah, lalu bersujud, syaitan akan menjauhkan diri daripadanya dalam keadaan menangis sambil berkata: Alangkah celakanya aku, anak-anak Adam diperintahkan sujud lalu mereka sujud dan mereka mendapat syurga. Aku pula disuruh sujud tetapi aku ingkar, maka aku mendapat neraka. – Hadis Riwayat Muslim
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Hukum Sujud Tilawah
Sujud tilawah ini dilakukan tatkala orang membaca ayat-ayat sajdah iaitu sama ada ketika solat atau tidak. Sujud tilawah merupakan sunat muakad yang tidak disunatkan dilakukan secara jemaah. Manakala Mazhab Hanafi pula menghukumkan sujud tilawah ini sebagai wajib ke atas orang yang membaca ayat-ayat sajdah dan juga orang yang mendengarnya.
Zaid bin Thabit berkata: Saya membaca kepada Jabi SAW surah al-Najm, dan Baginda tidak sujud. – Hadis Riwayat Jemaah kecuali Ibnu Majjah.
Rasulullah kadangkala melakukan sujud dan kadangkala tidak sujud apabila membaca ayat-ayat sajdah. Perbuatan Rasulllah ini menunjukkan ial adalah sunat.
Syarat Sah Sujud Tilawah
- Suci daripada hadas kecil/besar dengan berwuduk dan mandi junub atau berkaitan dengannya,
- Suci pada tubuh, pakaian dan tempat daripada najis
- Menghadap kiblat
- Menutup aurat
- Masuk waktu (selepas selesai bacaan ayat tersebut)
Syarat Harus Sujud Tilawah
- Islam
- Berakal
- Balogh
- Suci daripada haid dan nifas
Baca: Hukum, Niat dan Cara Solat Qasar (Rumi)
Syarat Ayat Yang Dibaca (Sujud Tilawah Bagi Orang Dalam Solat / Di Luar Solat)
- Ayat tersebut hendaklah dibaca oleh orang yang cukup syarat-syarat sah sujudnya. Tidak perlu sujud jika yang membacanya adalah orang yang sedang junub, budak-budak, orang mabuk, atau orang yang membacanya dalam solat ketika sedang duduk/rukuk.
- Ayat sajdah ini dibaca dengan niat dan bukan secara tidak sengaja. Contohnya bacaan orang yang sedang tidur/mabuk/kanak-kanak yang belum mumaiyiz,
- Ayat tersebut dibaca oleh seorang sahaja. Tidak memadai jika seorang baca separuh dan seorang lagi baca separuh.
- Tidak dibaca dalam solat jenazah
Rukun Sujud Tilawah Di Luar Solat
- Takbiratulihram: mengucapkan takbir dan disunarkan untuk mengangkat tangan
- Niat.
Maksudnya: Aku melakukan sujud tilawah.
- Sekali sujud sahaja iaitu seperti sujud dalam solat dari segi syarat dan sifat-sifatnya.
- Salam yang pertama selepas duduk.
Rukun Sujud Tilawah Dalam Solat
IMAM – (1) Niat untuk sujud tilawah. (2) Sujud
MAKMUM – Sujud mengikut imam
Baca: 50 Ucapan Ulang Tahun Untuk Anak
Kaedah / Tata Cara Sujud Tilawah Di Luar Solat
- Berniat untuk melakukan sujud tilawah
- Takbir
- Sujud dan membaca zikir
- Duduk daripada sujud
- Memberi salam
14 Ayat Sajdah dalam al Quran
Imam Syafie meletakkan sujud tilah hanya 14 sahaja dalam al Quran dan menolak ayat pada Surah Sad sebagai ayat sajdah. Beliau hanya menganggap ayat dalam Surah Sad sebagai sujud syukur yang sunat dilakukan di luar solat.
1. Surah al Haj Ayat 77
2.Surah al Haj Ayat 18
3.Surah al-A’raf Ayat 206
4.Surah al-Ra’d Ayat 15
5.Surah al-Nahl Ayat 49-50
6.Surah al-Isra Ayat 107-108
7.Surah Maryam Ayat 58
8.Surah al Furqan Ayat 60
9.Surah al Naml Ayat 25-26
10.Surah al Sajdah Ayat 15
11.Surah Fussilat Ayat 37-38
12.Surah al Najm Ayat 62
13.Surah al-Insyiqaq Ayat 211
14.Surah al A’laq Ayat 19
Bacaan Doa / Zikir Dalam Sujud Tilawah
PERTAMA – Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, daripada Jabir bin Abdullah berkata, bahawa Rasulullah membaca dalam sujudnya seperti berikut:
Maksudnya; Sujud wajahmu kepada Dia (Allah) yang menjadikannya dan membentuknya, dan menjadikan pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha suci Allah sebaik-baik pencipta
KEDUA – Diriwayatkan olej Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki menceritakan kepada Rasulullah bahasa dia bermimpi bersujud di sisi sebatang pokok dan pokok tersebut sujud bersamanya seraya membaca:
Maksudnya: Ya Allah, tuliskan bagiku dengan sujud ini, pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisi-Mu dan hindarlahlah daripadaku dosa, dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau terima sujud hamba-Mu Daud.
KETIGA- Imam Syafie berpendapat sunat membaca zikir berikut ketika sujud.
Maksudnya: Maha Suci Tuhan kami, apa yang dijanjikan Tuhjan kami pasti akan berlaku.
KEEMPAT – Seandainya seseorang itu tidak bersujud apabila membaca atau mendengar ayat-ayat sajdah, maka harus untuk dia membaca zikir berikut:
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala puji-pujian bagi-Nya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar – Dr wahbah al-Zuhaily.
Carian Berkaitan: Cara Sujud Tilawah – Surah, 14 Ayat dan Hukum