Cara Teka Malam Lailatul Qadar – Tanda-Tanda dan Doa

Pada bulan Ramadan, ada satu malam yang dipanggil LAILATUL QADAR dimana ia punya kelebihan ganjaran beribadah yang bersamaan dengan ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan (84 tahun)

Sesungguhnya, Kami (Allah) menurunkan (al-Quran) pada lalilatul qadar

Surah al-Qadr, ayat 1

Nabi Muhammad saw menggalakkan umatnya untuk mencari lailatulqadar pada bulan Ramadan.

Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan

Surah al Qadar, ayat 3

Sebab Mengapa Tarikh Malam Lailatul Qadar Tidak Diketahui

Dikisahkan, wahyu berkenaan malam lalilatul qadar yang tepat ini telah diangkat semula daripada Nabi Muhammad saw. Dipertengahan jalan tatkala keluar untuk memberitahu para sahabat tentang lailatulqadar, Rasulullah telah terserempak dengan 2 orang sahabat yang sedang berkelahi. Baginda pun bersabda, maksudnya:

Cara Teka Malam Lailatul Qadar - Tanda-Tanda dan Doa

Aku keluar untuk memberitahu kalian tentang lailatulqadar tetapi telah berlaku perkelahian antara si polan dengan si polan. Maka, penentuan lailatulqadar itu terangkat.

Hadis Riwayat Bukhari

Oleh sebab kejadian inilah tarikh malam lailatul qadar ini tidak diketahui. Namun, segala apa yang terjadi sentiasa ada hikhmah disebaliknya. Dimana, ia menjadi asbab untuk kaum muslimin terus berusaha beribadah dan memperbanykkan amalan sepanjang bulan Ramadan khususnya pada sepuluh malam terakhir. Terdapat sekitar 40 buah hadis yang membahaskan tentang permasalahan ini. Namun, kebanyakannya adalah berkisar kepada hadis Nabi saw yang berikut:

Rebutlah kesempatan lailatul qadar itu pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan

Hadis Riwayat Bukhari

Cara Mengira Malam Lailatul Qadar

Beribadahlah secara konsisten sepanjang malam pada bulan Ramadan. Insya-Allah berkat istiqomah ini, pastinya kita akan bertemu dengan malam lailatulqadar. Singkaplah tirai tabir pada 10 malam terahir, berlumbalah kita mencari keredaan-Nya dengan menghidupkan malam untuk beribadah dan beriktikaf, berdoa, bertasbih disamping memohon keampunan daripada-Nya yang Maha Pengasih.

Lailatul Qadar pada Malam 27 Ramadan

Terdapat ulama yang berpandangan lailatul qadar itu jatuh pada malam ke-27 Ramadan. Ia bersandarkan kepada kiraan 30 buah kalimah (perkataan) pada Surah al-Qadr.

  1. Kalimah HIYA yang merujuk kepada lailatul qadar dalam ayat ke-5 merupakan kalimah yang ke-27.
  2. Kalimah LAILATUL QADAR mempunyai 9 buah huruf. Pada masa yang sama, kalimah ini disebut sebanyak 3 kali dalam surah ini. Maka, 9 x 3 = 27 menjadikan lailatul qadar adalah pada 27 Ramadan

Baca: Solat Terawih – Dalil, Bacaan Surah, Rakaat dan Kelebihan

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan tentang tanda-tanda malam lailatul qadar. Antaranya pokok tunduk sujud, air masin menjadi tawar, cuaca pagi selepas lailatul qadar yang redup dll. Namun, perlu diingat ia semua bersifat subjektif dan kita boleh berbeza pendapat mengenai tanda-tanda serta kejadian ini.

Doa Malam Lailatul Qadar (Rumi)

Doa ini selalunya akan dibacakan oleh imam tatkala solat Terwaih telah selesai 4 rakaat

Doa Ringkas

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi suka akan kemaafan. Maka, ampunilah daku.

Doa Panjang

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon reda-Mu dan syurga. Juga kami berlindung daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau suka akan kemaafan dan Engkau Maha Pemurah. Maka, ampunilah kami, ibu bapa kami dan sekalian muslimin dengan rahmat-Mu, wahai serahmat-rahmat antara yang mengasihi! Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.