Hukum Lewat Makan Sahur dan Doa Berbuka Puasa

SAHUR merupakan perbuatan sunat yang dilakukan ketika berpuasa iaitu makan atau minum walaupun sedikit pada akhir malam. Waktu sahur juga merupakan antara waktu yang mustajab doanya.

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Umatku berada dalam kebaikan selagimana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur.

Hadis Riwayat Ahmad
Continue reading “Hukum Lewat Makan Sahur dan Doa Berbuka Puasa”

Rukun Puasa, Niat & 10 Perkara yang Membatalkan Puasa

Sesungguhnya bulan ramadan telah dipilih oleh Allah swt sebagai bulan bagi umat Islam untuk melakukan ibadah puasa. Firman Allah swt, maksudnya:

Wahai orang yang beriman, telah difardukan puasa (Ramadan) ke atas kamu sebagaimana yang telah difardukan kepada ke atas umat terdahulu supaya kamu bertakwa.

Surah al-Baqarah, ayat 183
Continue reading “Rukun Puasa, Niat & 10 Perkara yang Membatalkan Puasa”

Penerangan Tentang 6 Syarat Wajib Puasa Pada Bulan Ramadan

6 Syarat Wajib Puasa Pada Bulan Ramadan

Terdapat 6 Syarat wajib puasa. Iaitu

  1. Beragama Islam
  2. Baligh – tidak wajib bagi mereka yang belum cukup umur / dewasa. Umur akil baligh bagi lelaki adalah antara 12 – 15 tahun dan bagi perempuan pula adalah antara 9 – 12 tahun.
  3. Berakal – Orang gila tidak diwajibkan untuk berpuasa.
  4. Bermukim – Orang yang sedang bermusafir (dalam perjalanan) tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, dia wajib untuk menggantikannya (qada’) mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
  5. Suci dari haid dan nifas
  6. Mampu berpuasa – Orang yang sakit tidak diwajibkan untuk berpuasa. Islam itu indah dan tidak menzalimi orang yang sakit. Namun, sekiranya muslim tersebut tetap ingin berpuasa, tidak ditegah selagimana tidak mendatangkan kemudaratan kepadanya.
Continue reading “Penerangan Tentang 6 Syarat Wajib Puasa Pada Bulan Ramadan”

Puasa Tapi Tak Solat – Kelebihan Berpuasa Ramadan di Mekah

Perkataan PUASA merupakan terjemahan daripada perkataan Arab SAUM dan SIYAM yang bermaksud MENAHAN DARIPADA SESUATU.

Dengan erti kata lain, PUASA itu merupakan – menahan diri daripada perbuatan makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkannya (puasa) bermula dari waktu terbit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari.

Continue reading “Puasa Tapi Tak Solat – Kelebihan Berpuasa Ramadan di Mekah”