Berikut disertakan beberapa petikan hadis bersedekah. Semoga hadis yang dinyatakan ini dapat bermanfaat kepada kita semua dalam memahami akan kepentingan amalan bersedekah dalam Islam.
Continue reading “(Sahih) 10 Hadis Bersedekah – Kelebihan dan Kebaikannya”Category: Sedekah Jariah
Koleksi Ayat Quran Tentang Sedekah
Apa jua yang kamu buat daripada jenis-jenis kebaikan, seungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya – Surah al-Baqarah ayat 215
Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebajikan dan bertaqwa. – Surah al-Maidah ayat 2
Continue reading “Koleksi Ayat Quran Tentang Sedekah”13 Koleksi Hadis Hari Jumaat – Sedekah dan Doa
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa, Rasulullah pernah bersabda: “Pada hari Jumaat ada suatu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada Allah SWT nescaya dikabulkan Allah SWT permohonan itu.” Nabi memberi isyarat dengan tangannya, yang bererti bahawa saat itu amat singkat. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis Hari Jumaat – Sedekah dan Doa
Baca: 20 Ucapan Salam Jumaat Yang Indah
Aus bin Aus berkata, Rasulullah pernah bersabda: ” Hari yang paling utama dalam seminggu adalah hari jumaat. Oleh itu, perbanyakkanlah berselawat untuk saya pada hari itu. Sebenarnya, semua selawat yang saudara ucapkan itu dilaporkan oleh malaikat kepada saya.” – Hadis Riwayat Abu Daud
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Abu Hurairah ra memberitahu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu berkata kepada temanmu di hari Jumaat, “Diamlah!”, padahal imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya engkau pun salah.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.
Abu Burdah bin Abu Musa al- Asy’ari melaporkan, “Abdullah bin Umar bertanya,’Adakah saudara mendengar ayah saudara melaporkan daripada Rasulullah berkenaan waktu dimakbulkan doa pada hari jumaat?’ Abu Burdah menjawab ‘Ya, ayah saya memberitahu, beliau mendengar Rasulullah berkata, ‘Waktu tersebut adalah ketika imam berada di atas mimbar sehinggalah sembahyang Jumaat selesai dilaksanakan.” – Hadis Riwayat Muslim
Baca: Solat Tahajud – Cara, Pukul Berapa dan Kelebihannya
Abu Hurairah berkata, Rasulullah pernah bersabda: “Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itu Nabi Adam diciptakan. Hari itu jugalah beliau dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan semula dari situ.” – Hadis Riwayat Muslim
Daripada Tariq bin Syihab ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Solat Jumaat merupakan hak yang wajib ke atas setiap muslim secara berjamaah melainkan pada empat perkara: hamba yang dimiliki, wanita, kanak-kanak, atau orang sakit.” – Hadis Riwayat Abu Daud.
Abu Sa’id Al-Khudri r.a., berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dirinya akan diterangi cahaya hinggalah ke Hari Jumaat yang berikutnya.” – Hadis Riwayat Hakim dan Baihaqi.
Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak pergi menunaikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Jabir r.a., menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Hari Jumaat terdiri dari dua belas jam. Sesiapa pun di antara hamba muslim yang memohon sesuatu kepada Allah pada saat saat itu, maka Allah akan mengabulkannya. Kerana itu, carilah saat (dikabulkan doa tersebut) di hujung waktu solat Asar.” – Hadis Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Hakim.
Abdullah bin Umar ra berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu hendak solat Jumaat, mandilah lebih dahulu”. – Hadis Riwayat al-Bukhari.
Diceritakan oleh Anas bin Malik ra, bahawa Nabi Muhammad SAW melakukan solat Jumaat ketika matahari telah condong ke Barat. – Hadis Riwayat al-Bukhari.
‘Abayah bin Rifa’ah ra menceritakan bahawa ia bertemu dengan abu’Abbas ketika dia pergi ke Jumaat. Abu ‘Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Siapa berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah, nescaya diharamkan Allah baginya api neraka.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.
Diceritakan oleh Amr ra bahawa dia mendengar Jubir bercerita: “Seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat, dan Nabi SAW sedang berkhutbah. Nabi SAW bertanya kepadanya, “Sudahkah anda solat?”. Jawabnya, “Belum”. Kata Nabi SAW, “Solatlah dua rakaat.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.
Carian Berkaitan: Hadis Hari Jumaat
10 Hadis Sedekah Amal Jariah (Hadis Sahih)
#1 Setiap Kebaikan adalah Sedekah
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, “Setiap kebaikan ialah sedekah.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Continue reading “10 Hadis Sedekah Amal Jariah (Hadis Sahih)”