Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim – Selawat Ke Atas Nabi
Abu Muhammad, nama sebenarnya Kaab bin Ujrah berkata, “Pada suatu masa Nabi Muhammad datang menemui kami, lalu kami bertanya kepada baginda, ‘Wahai Rasulullah, kami sudah tahu cara mengucapkan salam kepada tuan, tetapi bagaimanakah cara membaca selawat untuk tuan?’
Koleksi Hadis Zikir Selawat Ke Atas Nabi Rumi, Jawi dan Yang Terbaik. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah swt dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad saw. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab: 56)
Ayat Quran & Hadis Kelebihan Selawat
“Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.”
Dari Anas bin Malik r.a beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta di tinggikan baginya sepuluh darjat di syurga kelak.”
(Hadis Riwayat Ahmad , Nasa’ie dan Al-Hakim)
Dari Abi Umamah r.a, beliau berkata Rasulullah saw bersabda :
“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannyadenganku.”
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.”
(Hadis Riwayat Tabrani)
Dari Anas bin Malik r.a beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta di tinggikan baginya sepuluh darjat di syurga kelak.”
(Hadis Riwayat Ahmad , Nasa’ie dan Al-Hakim)
“Barang siapa yang berselawat kepadaku 100 kali pada hari Jumaat maka is akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya”.