Al-Ma’thurat merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada Rasulullah SAW. Nas-nas alQur’an dan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW.
Seterusnya zikir dan wirid tersebut diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya, kemudian kepada tabi’in, tabi’attabi’in, dan as-salaf as-salih.
Al Mathurat PDF (Muat Turun)
Zikir dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa hayat Baginda dinamakan (al-Azkar Wa al-Aurad al-Ma’thurat), iaitu zikir-zikir dan wirid Rasulullah SAW yang merupakan syariat dan Sunnah Rasulullah SAW yang semestinya diikut.
Kita hendaklah beramal dengan zikir dan wirid yang ma’thurat, iaitu zikir-zikir dan wirid-wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya di masa hayat Baginda.
Oleh itu, tidak ada sebab bagi orang-orang yang beriman, mencari zikir-zikir dan wirid-wirid yang bukan ma’thurat yang didapati dalam Hadith-hadith yang maudu’ dan dalam kitab-kitab yang bukan dari kitabkitab yang muktabar, dan yang tidak didapati masnad dan masdarnya.
- Surah ad Dhuha dan Terjemahan, Jawi, Rumi, in English
- 40 Pantun Raya 4 Kerat- Aidilfitri Klasik Terbaru
- 8 Doa Murah Rezeki Berniaga – Jawi & Rumi
- 6 Doa Murah Rezeki Rumi – Copy Paste
Bacaan al-Ma’thurat dibaca 2 kali sehari, iaitu pada sebelah pagi (kebiasannnya dibaca selepas Solat Subuh) dan sebelah petang (kebiasaannya dibaca selepas Solat Asar).
Baca: Bergambar – Koleksi Hadis Kelebihan Surah Al Kahfi
Al-Ma’thurat juga terdapat 2 jenis iaitu al-Ma’thurat al-Kubra (bacaannya panjang. Sesuai dibaca jika ada masa yang lapang) dan al-Ma’thurat Sughra (bacaannya pendek, sesuai dibaca jika kesuntukan masa).
- Bacaan Al-Fatihah di dalam Al-Ma’thurat merupakan bacaan yang agung. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku.” (HR at-Tirmizi dan an-Nasai)
- Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (HR Muslim)
- Membaca ayat Kursi juga akan menghindarkan diri dari gangguan syaitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi ‘Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum’, sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi” (HR Bukhari)
- Bacaan selawat ke atas Rasulullah saw. Amalan selawat juga banyak kelebihannya. Dari Ibn Mas’ud ra, bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya, “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiyamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (HR at-Tirmizi)
- Mengingati dan berserah diri kepada Allah melalui bacaan zikir. Allah berfirman yang bermaksud, “Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.” (Al-Baqarah: 152)
Baca: Karangan Pendek Tentang Manfaat serta Kebaikan Bersukan
Semoga bermanfaat dan semoga kita sama-sama istiqamah. InsyaAllah.