Al-Waqiah adalah salah satu nama hari Kiamat. Disebut demikian kerana hari Kiamat itu pasti terjadi.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (Hadi Riwayat Al- Baihaqi)
Hadis Tentang Kelebihan Surah Al Waqiah
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Abu Ubaid menceritakan bahawa Abdullah bin Mas’ud R.A. berkata: “Aku mendengar nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan miskin selamanya. Ibn Mas’ud berkata, ”Aku telah menyuruh anak perempuanku membacanya setiap malam.” (Diperakui oleh Abu Ubaid)
Jabir Ibn Samurah R.A. berkata: “Nabi Muhammad berdoa seperti apa yang kamu lakukan pada hari ini. Tetapi, adakalanya nabi memendekkan doanya. Berdoa agar ia lebih pendek berbanding doa-doa kamu. Dalam solat subuh, kadangkala nabi membaca surah al-Waqiah dan yang seumpama dengannya.”
Baca: Bergambar – Quote Tentang Wanita Solehah – Islam
Sabda nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah, maka dia tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai.” (Hadis Riwayat Ubay bin Ka’ab)
Dari SSamak bin Harb, bahawa dia pernah mendengar Jabir bin Samurah bercerita: “Rasulullah sentiasa mengerjakan solat seperti solat yang kalian kerjakan pada saat ini, tetapi beliau meringankannya. Solat beliau itu lebih ringan daripada solat kalian. Beliau biasa membaca surah Al-Waqiah dan surah-surah sejenisnya pada solat subuh.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Surah al-Waqiah menjadikan rambut nabi Muhammad S.A.W. beruban. Daripada Ibnu Abbas R.A. beliau berkata: Abu Bakar as-Siddiq R.A. berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, al-Waqiah, al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat.” (Hadi Riwayat at-Tirmizi)
Baca: 5 Situasi Mengapa Anda Perlu Ambil Takaful
Diriwayatkan dari Imam Ja’far as-Sadiq R.A. yang bermaksud : “Bahawasanya barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap hari Jumaat akan disukai oleh Allah S.W.T. dan dia juga akan disayangi oleh manusia. Dia akan bebas dari masalah dan kemiskinan yang membelenggu.”
Terdapat beberapa ayat dalam surah al-Waqiah yang menjelaskan dan menerangkan keindahan syurga seperti ayat 27 hingga 40. Antaranya ialah “wa dzillim mamduud” (ayat ke-30) yang bermaksud “naungan yang terbentang luas”. Imam al-Bukhari juga meriwayatkan dari Abu Hurairah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., beliau berkata: “Di syurga ada pohon, (jika) seorang lelaki menunggang dalam perjalanannya selama seratus tahun, dia tetap di bawah naungannya dan tidak akan berjaya menaklukinya. Jika kamu mahukannya, bacalah dzillim mamduud.“ (Hadi Riwayat Muslim dan at-Tirmizi)
Carian Berkaitan: Hadis Tentang Kelebihan Surah Al-Waqiah