Sekiranya orang yang memberi hutang percaya kepada orang yang berhutang, hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya). – Surah al-Baqarah ayat 283
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (HR Muslim).
Baca: Tip Kurus: Kebaikan Green Tea / Teh Hijau
Hadis dan Ayat Quran Tentang Hutang
Jiwa seorang Mukmin tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilangsaikan.” (HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi)
Dan bagimu (suami) satu perdua daripada harta ditinggalkan isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat harta ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) selepas dibayar hutangnya. (Al-Nisa’: 12)
- Surah ad Dhuha dan Terjemahan, Jawi, Rumi, in English
- 40 Pantun Raya 4 Kerat- Aidilfitri Klasik Terbaru
- 8 Doa Murah Rezeki Berniaga – Jawi & Rumi
- 6 Doa Murah Rezeki Rumi – Copy Paste
Allah SWT berfirman: “Wahai orang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga suatu masa tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.” (Al-Baqarah: 282)
Ka’ab bin Malik RA berkata: Suatu ketika dia menuntut Abdullah bin Abu Hadrad supaya membayar hutangnya. Peristiwa ini berlaku di dalam masjid. Suara mereka riuh rendah hingga didengari oleh Rasulullah SAW walaupun Baginda ketika itu berada di dalam rumahnya. Lalu Rasulullah SAW keluar menemui mereka hingga terselak langsir bilik Baginda. Baginda memanggil Ka’ab bin Malik: “Wahai Ka’ab”, Ka’ab menjawab: “Ya, aku datang wahai Rasulullah”. Sambil mengisyaratkan dengan tangannya Baginda bersabda: “Rebatlah sebahagian”. Ka’ab membalas: “Ya, wahai Rasulullah”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Bangunlah, bayarlah hutang itu kepadanya.” – Hadis Riwayat a;-Bukhari dan Muslim
Peringatan bagi mereka yang enggan membayar hutang antaranya:
Tidak akan terangkat amalannya
Sabda Rasulullah: Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya. – Hadis Riwayat Tarmizi
Dosa hutang tidak akan diampunkan
Sabda Rasulullah SAW: Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. – Hadis Riwayat Muslim
Bagi mereka yang mampu tetapi enggan membayar ia adalah zalim
Sabda Rasulullah SAW: Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. – Hadis Riwayat Al-Bukhari
Solat Rasulullah ke atas mereka tidak dapat memberi manfaat bagi mereka yang ada hutang
Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya; “Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?” Mereka menjawab, “Ya.”
Lalu baginda bersabda: “Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” – Hadis Riwayat At-Tabrani