Para ulama mensepakati bahawa wanita tidak diwajibkan untuk mengikuti solat jemaah di masjid. Terdapat hadis Nabi saw yang mengatakan bahawa para isteri baginda hanya solat di rumah dan bukannya di masjid.
Walaubagaimanapun, tiada dalil yang melarang kaum wanita untuk pergi ke masjid.
Suami mengizinkan isterinya untuk ke masjid kerana Nabi Muhammad saw melarang suami yang tidak mengizinkannya.
Dalil Wanita Menunaikan Solat Berjemaah di Masjid
Dalil 1
Aisyah ra berkata,’Kami bersama wanita-wanita mukmim pergi (ke masjid) untuk mengikuti solat Subuh bersama Rasulullah saw sambil menutupi seluruh badan dengan kain. Setelah selesai solat, mereka kembali ke rumah masing-masing tanpa dikenali oleh sesiapapun kerana pagi masih terlalu gelap – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Dalil 2
Ibn Umar ra mengatakan bahawa, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Jika seorang wanita meminta izin kepada kamu untuk pergi ke masjid, maka janganlah melarangnya. - Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan An-Nasa'e
- 30+ Ideas Sanah Helwah Wishes to Friends, Husband etc
- Cara Solat Berjemaah Bagi Wanita & Ciri Wanita Layak Jadi Imam
- 14 Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah Menurut Hadis
- Bayar Zakat Fitrah Guna Duit Atau Beras? Bila Perlu Bayar?
12 Panduan dan Etika Wanita yang Pergi ke Masjid
- Tidak memakai wangi-wangian dan perhiasan yang menggoda
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Jangnlah dilarang hamba-hamba Allah (kaum wanita) yang hendak pergi ke masjid-masjid Allah swt. Dan, hendaklah mereka pergi tanpa memakai minyak wangi. - Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
- Berzikir ketika keluar rumah
Moga sentiasa mendapat pertolongan dan perlindungan dari Allah swt. Pada masa sama, dijauhi daripada gangguan syaitan.
Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali kerana pertolongan Allah.
Ya Allah, berikanlah cahaya di hatiku, berikanlah juga cahaya di lidahku, berikanlah cahaya pada pendengaranku, berikanlah cahaya kepada penglihatanku, berikanlah cahaya di belakangku, berikanlah cahaya di hadapanku, berikanlah cahaya di atasku, dan berikanlah cahaya di bawahku. Ya Allah, berilah aku cahaya. - Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud
- Berjalan dengan tenang tidak tergesa-gesa
Abu Qatadah RA meriwayatkan, ‘ketika kami sedang solat bersama Nabi Muhammad saw, tiba-tiba terdengar akan suara pergaduhan yang datangnya daripada beberapa orang. Setelah selesai, Baginda bertanya, ‘mengapa kalian bergaduh seperti itu?’ Mereka menjawab, ‘kami terburu-buru hendak ikut solat bersama.
Baginda lantas berkata, jangan lakukan seperti itu. Jika kalian hendak solat, maka berjalanlah dengan tenang.Bahagian solat yang tersisa maka ikutilah, dan bahagian solat yang tertinggal maka sempurnakanlah. - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
- Berzikir ketika masuk dan keluar masjid
Masuk masjid: Dengan menyebut nama Allah dan mengucapkan salam kepada Rasulullah. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu rahmat-Mu Bagiku
Keluar masjid: Dengan menyebut nama Allah dan mengucapkan salam kepada Rasulullah. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu kurnia-Mu bagiku.
- Mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk setelah mengambil wudhuk.
Jika seorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum solat dua rakaat. - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
- Jika iqamat sudah dikumandangkan, maka jangan kamu mengerjakan solat sunat
Jika iqamat telah dikumandangkan, maka tidak boleh mengerjakan solat selain solat fardhu. – Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, dan Tirmidzi
- Segera pulang setelah selesai mengerjakan solat
Ummu Salamah ra telah menyatakan, 'ketika Rasulullah es mengucapkan salam, kaum wanita terus berdiri setelah salam diucapkan sedangkan Baginda sendiri diam sejenak di tempatnya. Menurut kami, wallahu a'lam, hal it dilakukan agar kaum wanita dapat keluar terlebih dahulu sebelum didahului oleh kaum lelaki. - Hadis Riwayat Bukhari
Namun, dalam situasi semasa, sekiranya terdapat pintu yang dikhususkan untuk wanita, maka mereka boleh tetap boleh tinggal di tempat solatnya untuk berzikir ataupun bermunajat, kerana malaikat akan terus mendoakan mereka selama mereka masih berada di tempat solatnya dan tidak berhadas.
- Hindari makan makanan berbau
Barangsiapa yang memakan bawang putih atau merah dan bawang perai, maka janganlah mendekati masjid.Kerana sesungguhnya malaikat merasa tidak nyaman dengan sesuatu yang membuatkan manusia tidak selesa.’- Muttafaq ‘alaihi - Tidak meludah di masjid
Meludah di masjid adalah perbuatan yang berdosa. Cara menghapusnya adalah dengan menimbunnya. - Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa'i
10. Tidak boleh mengumumkan kehilangan atau berniaga di dalam masjid
Abdullah Bin 'Amr meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw telah melarang jual beli, melantunkan puisi, dan mengumumkan sebarang kehilangan di dalam masjid. - Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasaie dan Ibnu Majah
11. Tidak boleh meninggikan suara di dalam masjid
As-Sa'ib Bin Yazid menyatakan bahawa Umar melihat dua orang penduduk Tha'if yang berbincang-bincang dengan mengangkat suaranya (di dalam masjid). la berkata kepada mereka, seandainya kamu berdua adalah penduduk kota ini, maka aku tidak akan segan-segan memukul kamu. Kamu berani mengangkat suara keras-keras di masjid Rasulullah - Hadis Riwayat Bukhari
12. Boleh makan, minum, dan juga tidur di dalam masjid selama kebersihannya dijaga dan tidak menimbulkan fitnah
Abdullah Bin Al-Harits berkata, di masa Rasulullah saw, kami biasa memakan roti dan daging di dalam masjid. Selain itu, pada masa Baginda juga, ada seorang wanita berkulit hitam yang tinggal di dalam masjid. - Hadis Riwayat Bukhari