Air mata adalah satu-satunya cara bagaimana mata berbicara. Ketika bibir tidak mampu menjelaskan apa yang telah membuatkan hatimu terluka.
Ya Allah, ajarkan aku erti REDHA… tentang segala apa yang telah ditetapkan oleh-Mu
Kata Kata Hikmah Mengenai Sabar
Ya Allah, bila pagi ini ada tersimpan benci, ubahlah menjadi kasih sayang. Bila hati kami kotor sucikanlah. Bila hari terluka perih, sembuhkanlah.
Disebalik air mata, pasti akan datang senyuman. Disebalik luka, pasti datang penyembuh. Disebalik kesabaran, pasti datang kebahagiaan. Disebalik kesulitan, pasti datang kemudahan.
- Surah ad Dhuha dan Terjemahan, Jawi, Rumi, in English
- 40 Pantun Raya 4 Kerat- Aidilfitri Klasik Terbaru
- 18 Ucapan Selamat Menunaikan Haji – Hadis Kelebihan dan Kewajibannya
- 8 Doa Murah Rezeki Berniaga – Jawi & Rumi
- 6 Doa Murah Rezeki Rumi – Copy Paste
Jika kau rasa UJIANMU SEBENAR KAPAL, ketahuilah bahawa RAHMAT ALLAH ITU SELUAS LAUTAN. Yang penting, SABAR. Itu kuncinya.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
Tabahlah hati disaat kita dibuang seperti sampah. Akan tiba suatu ketika Allah hadirkan seseorang untuk kutip kita seperti PERMATA.
Sabarlah hati. Walau dibenci dan dikeji manusia. Insyaallah, Tuhan Yang Maha Esa masih ada bersama.
Baca: Surah Al Alaq Rumi, PDF, Maksud & Kelebihan
Allah tahu kau sedih. Allah tahu kau penat. Tapi, Allah tak akan uji sesuatu yang diluar kemampuan kau sendiri. Sabarlah duhai hati. Kau kena kuat.
Bersabarlah wahai hati. Kelak, akan ada seseorang yang datang dan setia menemani sisa hidupmu dalam ketaatan.
Wahau Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu) – Surah Al-A’Raf: 126
SABARLAH DUHAI HATI. Ada masalah yang Allah datangkan bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk kita hidup dengannya. Justeru, kerana masalah itulah kita terus merintih dan berdoa kepada-Nya. Mungkin jika masalah itu selesai, kita akan melupakan-Nya.
Baca: Koleksi Ucapan Hari Lahir 2021
Kita bangun setiap pagi. Dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam. Tetapi, kemudian Allah menguji lagi. Kita pun kecewa dan harapan kita seolah-olah sudah hilang. JANGAN SEDIH….. Selagi kita masih bernafas hari itu, selagi itulah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk memperbetulkan keadaan. Yang penting, jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah SWT.