Antara hikmah solat sunat rawatib ialah bagi menyempurnakan segala kekurangan sewaktu mengerjakan solat fardhu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca.
Kelebihan, Niat, Dalil Hadis dan Cara Solat Sunat Rawatib – Rumi
Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori:
- Qabliyah (sebelum Solat Fardhu)
- Ba’diyah (selepas Solat Fardhu)
Solat sunat rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (sangat digalakkan) dan ghairu mu’akkad (digalakkan).
Pun begitu, solat sunat qabliah dan ba’diah ini ditunaikan bergantung kepada waktu solat fardhu itu sendiri. Contohnya, solat sunat ba’diah dilarang untuk dikerjakan selepas solat fardhu Subuh dan Asar. Manakala solat sunat qabliah digalakkan untuk dikerjakan sebanyak dua rakaat setiap kali sebelum solat fardhu dan solat sunat ini boleh juga dilakukan empat rakaat sebelum solat Zohor.
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Sunat Rawatib yang “Muakkad” adalah 10 rakaat seperti berikut:
- 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
- 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad” pula adalah 12 rakaat seperti berikut:
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
- 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
- 2 Rakaat sebelum Isyak.
Umat Islam digalakkan untuk perbanyakkan solat sunat semampu mungkin tanpa mengira samada ia sunat mu’akkad (amat digalakkan) ataupun cukup sekadar digalakkan sahaja (ghairu mu’akkad).
Baca: Dalil, Niat dan Cara Solat Sebelum Subuh – Rumi
Dalil hadis berkaitan Kelebihan Solat Sunat Rawatib
Daripada Ummu Habibah R.’Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.
Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh. – Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan empat rakaat sebelum solat zuhur dan empat rakaat selepasnya, Allah mengharamkan neraka baginya. – Hadis Riwayat at Tirmizi
Saidatina Aisyah melaporkan, apabila Rasulullah tidak sempat bersolat sunat sebelum solat zuhur empat rakaat, Baginda mengerjakan selepas solat zuhur. – Hadis Riwayat at Tirmizi
Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. – Hadis Riwayat Muslim
Lafaz Niat Solat Sunat Rawatib
Cara Solat Sunat Rawatib
1.Berdiri tegak menghadap kiblat. Lafaz dan niat Solat Sunat Rawatib yang ingin didirikan.
أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Ejaan Rumi: Usolli sunnata (subhi/ Zuhri/ ‘Asri/ Maghribi/ Isha i) rak’ataini (qabliatan/ba’diatan) lillahi taala
Terjemahan Maksud: Sahaja aku solat sunat (subuh / zohor / asar / maghrib / isyak) dua rakaat (sebelum / selepas) kerana Allah taala.
2.Mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’ sambil berniat ‘Sahaja aku solat sunat ……… kerana Allah Taala’
3.Membaca Surah Al Fatihah
4.Membaca apa-apa surah atau ayat Al Quran.
Contohnya seperti membaca Surah An Nas
5.Rukuk
Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar
6.Iktidal
7.Sujud pertama
8.Duduk antara dua sujud
9.Sujud Kedua
10.Qiam rakaat kedua, mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’
1.Membaca Surah Al Fatihah
2.Membaca apa-apa surah atau ayat Al Quran.
Contohnya seperti membaca Surah Al Kausar
3.Rukuk
Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar
4.Iktidal
5.Sujud pertama
6.Duduk antara dua sujud
7.Sujud Kedua
8. Duduk tawarruk dan membaca tahiyat akhir
9.Memberikan salam
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”
Palingkan muka ke sebelah kiri, dan ucapkan salam
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”
Alhamdulillah. Selesai
Sumber: MuftiWP,