Koleksi 6 Hadis Tentang Ibadah Korban

Ibadah korban memiliki banyak keutamaan dan hikmah, antaranya ialah:-

  • Meningkatkan ketaqwaan dan keimanan terhadap Allah swt
  • Memperoleh pahala, keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt
  • Menzahirkan rasa syukur dan berserah segalanya kepada perintah Allah swt
  • Manjalin hubungan ukhwah dan silaturahim semasa Muslim
  • Memperingati kisah tauladan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail akan erti keimanan, ketaatan, kesabaran, dan keikhlasan dalam mengerjakan ibadah kepada Allah swt.
Koleksi 6 Hadis Tentang Ibadah Korban

Hadis Tentang Ibadah Korban

#1 Keistimewaan Air Zam-Zam

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah yang berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,’ Air zamzam adalah mustajab untuk sebarang tujuan ia diminum,” – Hadis Riwayat Ibn Majah.

#2 Kita Sebagai Tetamu Allah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang menunikan haji dan orang yang menunaikan umrah ialah undangan (tetamu) Allah. Jika mereka berdoa kepada Allah, Allah akan memakbulkan permintaan mereka. Jika mereka beristighfar kepada Allah, Allah mengampunkan mereka ” – Hadis Riwayat Ibn Majah.

Koleksi 6 Hadis Tentang Ibadah Korban

#3 Haji Mabrur

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tiada ganjaran haji yang mabrur melainkan syurga.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Koleksi 6 Hadis Tentang Ibadah Korban

#4 Ibadah Haji

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, : Aku mendengar Nabi bersabda, ‘ Sesiapa yang menunaikan haji dalam pada masa yang sama dia tidak bercakap kotor dan tidak pula melakukan kejahatan nescaya dia pulang seperti pada hari ibunya melahirkannya (suci daripada dosa).” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Baca: Quotes Sedekah Yang Indah – Bergambar

Koleksi 6 Hadis Tentang Ibadah Korban

#5 Kelebihan Hari Arafah

Diriwayatkan daripada Aisyah, beliau berkata, Ertinya: ” Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,” Tidak ada suatu hari yang dalamnya, Allah lebih banyak membebaskan hamba daripada neraka melainkan hari Arafah. Sesungguhnya Dia turun dekat, kemudian berbangga di hadapan para malaikat dengan mereka dan berfirman,’ Apakah yang mereka kehendaki?” – Hadis Riwayat Muslim, al-Nasa’i dan Ibnu Majah.

#6 Berkemampuan Tapi Tidak Mengunjungi Baitullah

Baca; Big Collection of Ucapan Happy Birthday in English

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, Ertinya: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Allah berfirman, ‘Sesungguhnya seorang hamba yang Aku telah berikannya kesihatan pada tubuh badannya dan Aku berikan keluasan kepadanya dalam kehidupan, namun lima tahun yang dia lalui tanpa dia datang kepada-Ku (melawat Baitullah), maka dia adalah orang yang terhalang (daripada mendapat kebaikan).” – Hadis Riwayat Ibnu Hibban.

Carian Berkaitan: Hadis Tentang Ibadah Korban