Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya

Surah Al Asr mempunyai 3 ayat dan diturunkan di Mekah (Ayat Makkiyyah). Namanya diambil bersempena dengan ‘Al-Asr’ yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Surah Al-Asr secara ringkasnya mengandungi pesanan tentang pentingnya menjaga nasa dan amal perbuatan yang benar.

Melalui surah ini, Allah SWT telah bersumpah dengan masa bahawa sesungguhnya manusia mengalami kerugian yang besar bila mana mereka tidak memanfaatkannya dengan baik.

Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya

Sebaliknya, orang yang tidak akan rugi dengan masa ialah orang yang beriman serta beramal soleh iaitu mereka yang sentiasa berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran. Insyaallah.

Baca: Bergambar 10 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat

Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya

Surah Al Asr Rumi

  • WAL ASRI
  • INNAL INSAANA LAFII KHUSRIN
  • ILLAL-LADZIINA AAMANUU WA AMILUS-SHAALIHAATI, WA TA-WASHAW BIL-HAQQI WA TA WASHAW BIS-SHABRI.

Maksud Surah Al Asr

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Terjemahan di atas menggambarkan bahawa surah ini mengajarkan bahawa manusia ini pada umumnya dalam keadaan kerugian kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran.

Surah Al-Asr memberikan pengajaran tentang pentingnya menghargai masa / waktu, beriman, beramal soleh, dan saling melakukan kebaikan. Dengan mengikuti ajaran-ajaran ini, diharapkan umat manusia dapat mencapai keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat kelak. Insya-Allah.

Pesannya melampaui zaman dan tetap relevan hingga ke akhir zaman dengan membimbing individu menuju kehidupan yang penuh integriti, bermoral, pencerahan kerohanian, dan tanggungjawab sosial.

Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya

Manfaat dan Kelebihan Surah Al Asr

Apabila Allah SWT bersumpah dengan masa dalam ayat ini, ia sebenarnya memberi isyarat bahawa:-

  • Allah suruh kita sentiasa menghargai masa.
  • Masa kita di dunia adalah singkat. Manusia lebih banyak mengejar kepentingan dunia sehingga lupa untuk bersedia untuk kehidupan di akhirat kelak.

Baca: Surah 3 Kul PDF – Rumi, Maksudnya dan Kelebihan

Dengan memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Surah Al-Asr ini, umat Islam diharapkan dapat memperoleh hidup yang lebih bermakna dan bermanfaat, baik dalam aspek kerohanian mahupun sosial. Insya-Allah

Carian Berkaitan: Maksud Surah Al Asr Rumi dan KelebihannyaÂ