Surah at-Taubah ialah surah ke-9 dalam al-Quran. 2 ayat terakhir surah at-Taubah iaitu ayat 128 dan 129 boleh dijadikan wirid selepas solat dan amalan harian.
Dua ayat terakhir surah At-Taubah iaitu ayat ke 128 – 129 dikatakan mempunyai khasiat yang luar biasa. Mereka yang mengamalkan ayat ini sebanyak 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Surah at Taubah Ayat 128 (Rumi, Jawi, Terjemahan)
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ
Cadangan Rumi: laqod jaa-akum rasuulum min anfusikum aziizun alaihi maa anittum harii-shun alaikum bilmu’miniina rauufur rahiim.
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Surah at Taubah Ayat 129 (Rumi, Jawi, Terjemahan)
فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ
Cadangan Rumi: Fain tawallau faqul hasbiyallaahu laailaaha illaa huwa alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul arsyil azhiim.
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
Fadilat dan Kelebihan Surah at Taubah Ayat 128 dan 129
Daripada Abu Umamah RA., Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” – Hadis riwayat Muslim
- Rezeki bertambah– Wiridkan secara istiqomah 7 x sehabis solat maghrib, Insya-Allah rezeki akan lancar.
- Pendinding dari ilmu hitam– Baca 7 x sehabis solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam.
- Hajat terkabul– Baca 100 kali sehabis solat hajat, Insya-Allah percepatkan kabulnya hajat.
- Benteng diri– Lindungi diri untuk kekebalan dari segala macam senjata lawan yang menyerang.
- Perubatan– Dibacakan ke air, lalu tahan nafas sambil baca 2 ayat tersebut di dalam dada dan hembuskan ke air putih untuk diminumkan kepada yang sakit.
- Jauhi sihir– Mencegah dari segala macam sihir, guna-guna, hipnotis dan lain-lain.
- Dimudahkan segala urusan– Merubah nasib yang buruk menjadi lebih baik, segala urusan dipermudahkan.
- Kesihatan – Diberikan umur panjang dan selalu sihat, insya Allah dan terhindar dari segala marabahaya yang datang tak diduga.