Solat Sunat Rawatib merupakan solat sunat yang mengiringi Solat Fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat sunat ini didirikan untuk menyempurnakan kekurangan yang ada pada solat fardhu (sekiranya ada).
Dua rakaat itu lebih baik bagiku daripada seluruh isi dunia - Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan at-Tirmidzi
Abu Musa ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Orang yang solat sunat dalam sehari semalam 12 rakaat pasti Allah bina untuknya kediaman di dalam syurga. - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan At-Tabrani
Abu Umamah berkata: Saya bersolat bersama Nabi Muhammad saw selama 10 tahun. Setiap hari 10 rakaat, iaitu 2 rakaat sebelum fajar, 2 rakaat sebelum zuhur dan 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak. - Hadis Riwayat Imam at-Tabrani
2 Jenis Solat Sunat Rawatib
- Qabliyah – Solat sunat yang dilakukan sebelum solat fardhu
- Ba’diyah – Solat sunat yang dilakukan selepas solat fardhu
Jumlah Rakaat Solat Sunat Rawatib (Terkumpul)
Jika dikumpulkan, seperti yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad saw, solat sunat rawatib ini jumlahnya adalah 22 rakaat (didirkan sebelum dan selepas solat fardhu). Daripada jumlah ini, terdapat solat sunat muakkad (digalakkan) dan solat sunat yang tidak muakkad
Solat Sunat Muakkad
- Solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh
- Solat sunat 2 rakaat sebelum solat zuhur
- Solat sunat 2 rakaat selepas solat zuhur
- Solat sunat 2 rakaat selepas solatmaghrib
- Solat sunat 2 rakaat selepas solat isyak
Solat Sunat Tidak Muakkad
- Solat sunat 2 rakaat sebelum solat zuhur, tambahan kepada 2 rakaat yang muakkad
- Solat sunat 2 rakaat selepas zuhur, tambahan kepada 2 rakaat yang muakkad
- Solat sunat 4 rakaat sebelum solat asar
- Solat sunat 2 rakaat sebelum solat maghrib
- Solat sunat 2 rakaat sebelum solat isyak
- (Lengkap) Bacaan Dalam Solat dan Terjemahan Bahasa Melayu
- Rukun dan Cara Mandi Wajib Berdasarkan Dalil Hadis Nabi
- (Wanita) Lima Perkara yang Mewajibkan Mandi Wajib – Junub – Hadas Besar
- Hukum Wanita Pergi ke Masjid dan Panduan Etika
- Cara Solat Berjemaah Bagi Wanita & Ciri Wanita Layak Jadi Imam
- Contoh Karangan Laporan: Hari Keusahawanan Di Sekolah
Lafaz Niat Solat Sunat Rawatib (JAKIM)
SOLAT SUNAT SEBELUM SOLAT SUBUH
Solat sunat sebelum Solat Fardhu Subuh dilakukan sebanyak 2 rakaat. Berdasarkan kepada dalil hadis Nabi saw, berikut merupakan antara kelebihan solat sunat ini:-
Kelebihan Solat Sunat Subuh
- Lebih baik daripada seluruh dunia
Aisyah ra berkata, Rasulullah saw bersabda berkenaan solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh, maksudnya:
Dua rakaat itu lebih baik bagiku daripada seluruh isi dunia. - Hadis Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan at-Tirmidzi
- Lebih penting daripada nyawa sendiri
Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
Jangan kamu tinggalkan solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh, sekalipun kami dikejar oleh kuda (walaupun kamu dikejar oleh musuh). - Hadis Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi dan at-Tahawi
- Amalan sunat yang sentiasa dilakukan oleh Nabi Muhammad saw
Aisyah ra berkata, maksudnya: Rasulullah tidak menjaga amalan-amalan sunatnya lebih daripada dia menjaga 2 rakaat sebelum solat subuh. - Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud
Doa Selepas Solat Sunat Subuh (Rumi)
SOLAT SUNAT SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT ZUHUR
Solat sunat sebelum dan selepas solat zuhur dilakukan sama ada 2 rakaat ataupun 4 rakaat
Ibnu Umar berkata, maksudnya: Aku memelihara daripada Nabi saw 10 rakaat. 2 rakaat sebelum solat zuhur dan 2 rakaat selepasnya. 2 rakaat selepas solat maghrib di rumahnya, 2 rakaat selepas isyak di rumahnya, dan 2 rakaat sebelum solat subuh. - Hadis Riwayat Bukhari
Ibnu Umar turut berkata, maksudnya: Aku pernah bersolat bersama Nabi Muhammad saw 2 rakaat sebelum zuhur dan 2 rakaat selepas solat Jumaat
Kelebihan Solat Sunat Sebelum dan Selepas Solat Zuhur
Berdasarkan kepada dalil, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan 4 rakaat sebelum solat zuhur dan 4 rakaat selepasnya, Allah mengharamkan neraka baginya. - Hadis Riwayat at-Tirmidzi
SOLAT SUNAT SEBELUM SOLAT ASAR
Solat sunat sebelum solat asar dibuat sama ada 2 rakaat atau 4 rakaat. Sekiranya dilakukan 4 rakaat, caranya adalah dengan 1 salam ataupun 2 salam.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Allah akan memberi rahmat kepada mereka yang mengerjakan solat sunat 4 rakaat sebelum solat fardhu asar - Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban
SOLAT SUNAT SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Solat sunat 2 rakaat sebelum solat maghrib adalah solat sunat muakkad. Manakan solat sunat 2 rakaat selepas solat maghrib merupakan solat muakkad (dituntut)
SOLAT SUNAT SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT ISYAK
Solat sunat 2 rakaat sebelum solat isyak merupakan solat sunat tidak muakkad. Manakala solat sunat 2 rakaat selepas solat isyak adalah muakkad. Kedua-dua solat sunat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat setiap satu.
SOLAT SUNAT SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT JUMAAT
Solat sunat sebelum dan selepas solat jumaat dilakukan sama ada 2 atau 4 rakaat. Dalil hadis mengenainya adalah seperti berikut:-
Apabila seseorang itu bersolat Jumaat, maka ikutilah dengan bersolat 4 rakaat - Hadis Riwayat Muslim
Sesungguhnya Ibnu Mas'ud mengerjakan solat sunat 4 rakaat sebelum solat Jumaat dan 4 rakaat selepasnya - Hadis Riwayat at-Tirmidzi