Bagaimana Waktu Solat Ditentukan? Terdapat formula yang digunakan untuk menentukan waktu solat ni dan formula ini untuk pengetahuan semua adalah based on kepada formula matematik trigonometri sfera.
Maklumat utama perlu tahu supaya proses hitungan dapat dijalankan ialah koordinat kawasan kiraan waktu solat (latitud & longitud), nilai deklinasi matahari serta nilai jarak zenith matahari.
Walaupun hitungan dijalankan namun asas utama rujukan untuk penentuan waktu solat ialah menerusi kaedah atau tafsiran fiqh.
(KLIK) Portal e-Solat oleh JAKIM
Waktu Solat Zohor
Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
- Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
- Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
- Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
- Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas
Waktu Solat Asar
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
- Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
- Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
- Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
- Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Waktu Solat Maghrib
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
- Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
- Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
- Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Waktu Solat Isyak
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
- Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
- Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
- Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
- Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Baca: Dalil Syarat Sah Solat – Jakim & Mufti Wilayah
Waktu Solat Subuh
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
- Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
- Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Sumber: emuallaf.islam.gov.my