Puasa Hari Putih – Hadis Galakan Puasa Sunat 3 Kali Sebulan

PUASA sunat merupakan salah satu amalan ibadah yang dilakukan untuk mempertingkatkan iman serta menjadi amalan tambahan mengumpul pahala. 

Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun. - Hadis Riwayat Bukhari

Marilah kita beramal dengan apa yang telah Allah swt perintahkan melalui perutusan Nabi Muhammad saw. Pada masa sama, sentiasa berdoa agar kita diberikan petunjuk hidayah dan dapat melakukan ibadah di atas jalan yang dirahmati dan diredhai oleh-Nya.

Semoga Allah memberikan kita segala kebaikan di dunia dan akhirat. Insya-Allah

Hadis Galakan Puasa Sunat 3 Kali Sebulan

Puasa tiga hari yang terbaik sebenarnya adalah pada hari – hari putih. Iaitu berpuasa pada hari ke-12, 13, dan 14. Antara hadis yang menerangkan perkara ini adalah:

Puasa Hari Putih - Hadis Galakan Puasa Sunat 3 Kali Sebulan

Abu Hurairah melaporkan, “Kekasih saya Rasulullah saw berwasiat 3 perkara kepada saya. laitu berpuasa 3 hari pada setiap bulan, melakukan 2 rakaat sembahyang sunat duha, dan melakukan sembahyang sunat witir sebelum saya tidur.” – Hadis Riwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Puasa Hari Putih - Hadis Galakan Puasa Sunat 3 Kali Sebulan

Abu Darda melaporkan, “Kekasih saya Rasulullah saw berwasiat tiga perkara kepada saya. Saya tidak meninggalkannya selagi saya hidup. laitu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melakukan sembahyang sunat duha, dan tidak tidur sebelum melaksanakan sembahyang sunat witir.” – Hadis Riwayat oleh Muslim.

Abdullah bin Amru bin al-‘As melaporkan, Rasulullah menerangkan, “Berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan adalah sama dengan berpuasa selama setahun.” – Hadis Riwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Muazah al-Adawiyah melaporkan dia bertanya kepada Aisyah, “Adakah Rasulullah berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan?” Aisyah menjawab, “Ya.” Saya bertanya lagi, “Bulan apakah beliau berpuasa?” Aisyah menjawab, “Beliau tidak kira bulan apa beliau berpuasa.” – Hadis Riwayat oleh Muslim.

Abu Zar berkata, Rasulullah bersabda, “Sekiranya saudara berpuasa tiga hari pada setiap bulan, berpuasalah pada hari ke-13, 14 dan 15.” – Hadis Riwayat oleh Tirmizi

Puasa Hari Putih - Hadis Galakan Puasa Sunat 3 Kali Sebulan

Qatadah bin Milhan berkata, “Rasulullah menyuruh kita berpuasa pada hari-hari putih. laitu pada hari ke-13, 14 dan 15.” – Hadis Riwayat oleh Abu Daud.

Abdullah bin Abbas berkata, “Rasulullah saw berpuasa pada hari-hari putih. Tidak kiralah sama ada ketika itu Baginda berada di rumah ataupun sedang bermusafir.” – Hadis Riwayat oleh Nasa’ie