Surah Al Asr – Rumi, Terjemahan, Tafsir Ringkas, Kelebihan dan Pengajaran

Surah ini dinamakan sebagai al-Asr (Masa) kerana dalam surah ini, pada permulaannya, Allah swt telah bersumpah dengannya. Sumpahan ini menunjukkan betapa pentingnya menjaga masa.

Surah yang mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah ini turut dinamakan sebagai surah Wal-Asr. Ia merupakan surah yang ke-13 mengikut tertib diwahyukan iaitu selepas turunnya surah al-Insyirah, sebelum surah al-Aadiyaat.

Jika tidak ditrunkan al-Quran selain surah ini, nescaya telah lengkap bagi manusia, kerana surah ini merangkumi semua ilmu al-Quram. - Imam Syafi'e

Surah Al Asr Rumi, Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu

Surah Al Asr Rumi

  1. Wal Asri
  2. Innal Insaana Lafii Khusrin
  3. Illal-Ladziina Aamanuu Wa Amilus-Shaalihaati, Wa Ta-Washaw Bil-Haqqi Wa Ta Washaw Bis-Shabri.

Terjemahan Bahasa Melayu Surah Al Asr

  1. Demi masa
  2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
  3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya mentapi kesabaran.

Ringkasan Tafsir Surah Al Asr: Kelebihan dan Pengajaran

Secara umumnya, surah ini memberi penjelasan tentang kejayaan dan kerugian yang hakiki. Dimana, ia memberi peringatan bahawa MASA di dunia ini mengandungi kemuliaan dan kepentingan. Ini kerana, ia menjadi ladang bagi bekalan pada hari akhirat kelak. Walau sehebat manapun manusia itu, dia akan tetap berada dalam kerugian melainkan jika dia beriman dan beramal soleh dalam masa yang dikurniakan oleh-Nya.

Surah ini mengandungi keterangan tentang ahli al-Khusran (kumpulan yang rugi) dan as-Sa’adah (kumpulan yang berbahagia).

Al-Ashr merupakan masa tempat pelbagai aktiviti anak cucu Adam berlaku, sama ada ia mempunyai kebaikan mahupun keburukan.

Daripada Zaid bin Aslam: "Kata al-ashr bererti solat Asar. - Hadis Riwayat Imam Malik

Illal-Ladziina Aamanuu Wa Amilus-Shaalihaati, Wa Ta-Washaw Bil-Haqqi Wa Ta Washaw Bis-Shabri.

Dengan demikian, Allah swt telah bersumpah dengan masa tersebut bahawa manusia dalam kerugian, yakni benar-benar merugikan dan binasa.

Jadi, Allah swt memberikan pengecualian bagi orang-orang beriman dengan hati dan mengerjakan amal solih dengan anggota tubuh. Mewujudkan semua ketaatan dan meninggalkan semua yang diharamkan. Iaitu atas segala macam dugaan, takdir, serta gangguan yang diterima bagi penegak amar ma’ruf nahi mungkar.