Surah ini dinamakan al-Ikhlas (ketulusan) kerana padanya terdapat perintah Allah swt untuk mengikhlaskan tauhid hanya kepada-Nya.
Surah ini merupakan antara surah yang memiliki banyak nama. Antaranya ialah surah at-Tafrid, at-Tajrid, at-Tauhid, An-Najah, al-Wilayah, Al-Makrifah, As-Somad, al-Asas dan al-Baraah.
Antara sebab turunya surah ini ialah bahawa Kaum Musyrikin Mekah pada ketika itu berkata: “Wahai Muhammad, ceritakan kepada kami tentang Tuhan kamu”. Maka Allah swt menurunkan surah ini.
Surah al-Ikhlas – Jawi, Rumi dan Terjemahan Bahasa Melayu
Surah ini mengandungi 4 ayat, 15 kalimah dan 47 huruf mengikut mushaf Kufi. Manakala mushaf Hijazi dan Syami meletakkan ia mengandungi 5 ayat. Surah ini merupakan surah yang ke-22 mengikut urusan yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw di Tanah Suci Mekah.
- Tata Cara Mandi Wajib yang Benar untuk Pria dan Wanita
- Ringkasan Tafsir Surah An Nas – Terjemahan Rumi, Kelebihan dan Pengajaran
- Panduan Solat Sunat Rawatib – Lafaz Niat dan Dalil (JAKIM)
- Cara Mandi Setelah Haid atau Nifas untuk Perempuan
Surah al-Ikhlas Terjemahan Bahasa Melayu
- Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1)
- “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2)
- “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3)
- “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (4)
Ringkasan Tafsir Surah al Ikhlas – Kelebihan dan Pengajaran
Antara hadis yang menerangkan tentang kelebihan surah ini ialah: Daripada Abu Said al-Khudri ra, bahawa seorang lelaki mendengar seorang lelaki yang lain membaca surah ini dan mengulang-ulanginya. Pada waktu paginya lelaki tadi menceritakan kepada Nabi Muhammad saw tentang perihal tersebut. Sabda Rasulullah : ' Demi diriku di tangan-Nya, sesungguhnya ia menyamai 1/3 al-Quran.' - Hadis Riwayat Bukhari.
Sebahagian ulama menafsirkan bahawa kitab suci al-Quran turun dalam 3 bahagian kerana surah ini menghimpunkan al-Asma’ dan as-Sifat Allah swt. 3 Bahagian tersebut ialah:-
- Janji baik
- Janji buruk
- Asma’ dan sifat.
Umumnya, surah ini menerangkan tentang rukun utama akidah dalam agama Islam iaitu TAUHID (kewajipan untuk mengesakan Allah swt).
Surah ini menjelaskan tentang 5 sifat Allah swt (ayat 1 – 4) iaitu
- Ayat 1: Esa dan tidak memiliki sekutu
- Ayat 2: Yang menjadi tumpuan setiap makhluk
- Ayat 2: Tidak berhajat kepada sesiapa
- Ayat 3: Tiada permulaan dan tiada pengakhiran
- Ayat 4: Tiada yang serupa dengan-Nya
Surah ini menetapkan akan sifat kesempurnaan kepada Allah swt yang berkuasa penuh atas segala sesuatu. Dialah Tuhan yang serba ada dan menjadi tumpuan permohonan semua mahkluk buat selama-lamanya. Alah juga tidak melahirkan anak sebagai sesuatu kekurangan yang menunjukkan Dia memerlukan sesuatu. Allah juga tidak diperanakkan atau lahir daripada mana-mana entiti lain yang menunjukkan Dia baru dan tidak wujud sejak dahulu kala lagi. Pada masa yang sama, tiada sesuatu dan apapun yang mampu memberi saingan apatah lagi menyamai-Nya.
Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya:
“Allah swt berfirman: ‘Anak Adam telah mendustakan-Ku, sedangkan dia tidak berhak melakukan hal itu; dia juga mencela-Ku, padahal dia tidak berhak untuk itu. Kedustaan yang dia lakukan terhadap-Ku itu adalah ucapannya: ‘Dia tidak akan pernah mampu mengembalikan diriku sebagaimana Dia memulai penciptaan-Ku. Tidaklah mengawali lebih mudah daripada mengulanginya? Adapun caciannya kepada-Ku adalah ucapannya bahawa Allah mempunyai anak, padahal Aku Maha Tunggal, tempat bergantung segala urusan; Aku tidak beranak serta tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Ku.”
Hadis Riwayat Bukhari