Rukun dan Cara Mandi Wajib Berdasarkan Dalil Hadis Nabi

Rukun Mandi Wajib

Rukun mandi wajib adalah membasahi seluruh badan. Secara umumnya, mandi wajib merupakan perbuatan menuangkan air pada seluruh bahagian badan hingga mengenai rambut dan kulit. Dan, tidak ada kewajiban selain itu.

Engkau cukup menuangkan air ke kepala tiga kali lalu membasahi seluruh tubuhmu dan bersuci. – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Mandi Wajib

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan cara mandi junub.

Hadis 1

Aisyah ra berkata, 'apabila Nabi saw mandi junub, Baginda memulainya dengan membasuh kedua tangan, dilanjutkan dengan wudhu seperti wudhu untuk solat. Setelah itu, Baginda memasukkan jari-jari tangannya ke dalam air lalu membasahi pangkal rambut. Baginda melanjutkan dengan menuangkan air pada kepala tiga kali lalu membasahi seluruh kulit (tubuhnya).'- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis 2

Maimunah ra juga meriwayatkan, 'aku menyiapkan air untuk mandi Nabi saw. Baginda membasuh kedua tangan dua atau tiga kali, menuangkan air dengan tangan kanan ke tangan kiri, lalu membasuh sekitar kemaluannya. Baginda menggosokkan tangan pada debu atau dinding lalu membasuhnya. Selanjutnya, Baginda berkumur dan istinjak, membasuh wajah dan kedua tangan serta kepala. Kemudian, membasahi seluruh badannya. Setelah itu, Baginda bergeser, lalu membasuh kedua telapak kakinya. Maka, aku menghulurkan kain (tuala) kepadanya, tapi Baginda menolaknya dengan memberi isyarat tangan.'- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Rukun dan Cara Mandi Wajib Berdasarkan Dalil Hadis Nabi

Cara Melakukan Mandi Wajib

Secara Ringkasnya, berikut merupakan cara melakukan mandi wajib / mandi junub / mandi hadas besar berdasarkan kepada dalil hadis Nabi saw:-

  1. Membasuh kedua tangan tiga kali.
  2. Membasuh kemaluan

Gunakan tangan kiri tanpa harus memasukkan air ke dalam kemaluan, kerana seandainya diharuskan, maka Nabi saw pasti menerangkannya.

  1. Berwudhu

Dilakukan seperti wudhu untuk solat. Tapi boleh mengakhiri basuhan pada kedua kaki hingga selesai mandi, jika menggunakan air dari kolam dan seumpamanya.

  1. Membasahi kepala

Dilakukan sebanyak tiga kali hingga mencapai pangkal rambut. Jika rambutnya diikat, maka tidak perlu menguraikannya.

Daripada Ummu Salama ra, ketika dia bertanya, 'wahai Rasulullah, aku adalah seorang wanita yang suka mengikat rambut. Apakah aku harus menguraikannya ketika mandi junub?' Baginda pun menjawab: 'Tidak perlu. Engkau cukup menuangkan air ke kepala tiga kali lalu membasahi seluruh tubuhmu dan bersuci.'- Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, Nasa'ie, Tirmidzi, dan Ibnu Majah

5. Membasahi seluruh badan

Dimulai bahagian kanan dan dilanjutkan dengan bahagian kiri.

Kesimpulan

Cara mandi ini hukumnya mustahab (dianjurkan), kerana diambil dari gabungan hadis-hadis Rasulullah saw yang berkenaan dengannya. Hasilnya, jika seorang wanita mandi junub dengan mengikuti sebahagian cara tersebut tetap sah. Dengan syarat, harus membasahi seluruh badannya dengan air. Ertinya, bila seorang wanita mandi di bawah pancuran air atau menyelam dalam air, maka cara mandi seperti itu tetap dibolehkan dan hukumnya sah.

Selesai sahaja mandi, hendaknya wanita tidak menyentuh kemaluannya tanpa lapik, kerana hal itu dapat membatalkan wudhu, sebagaimana yang telah kami terangkan.