Soal Jawab Azan: Adakah Sah Solat Tanpa Azan dan Iqamat?

AZAN bermaksud pemberitahuan tentang masuknya waktu solat. Ia boleh dilakukan (dilaungkan) dimana-mana sahaja.

Manakala IQAMAT pula bermaksud pemberitahuan tentang solat yang akan didirikan.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Apabila engkau berada bersama kambing peliharaanmu atau di padang lalu engkau laungkan azan, maka tinggikanlah suaramu. Sesungguhnya tidak mendengar suara azan oleh jin, manusia atau sesuatu melainkan menjadi saksi pada hari kiamat. – Hadis Riwayat Bukhari

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Apabila masuknya waktu solat, maka azanlah seseorang daripada kamu dan jadilah imam orang yang paling tua dalam kalangan kamu. – Hadis Riwayat Bukhari

Baca: Hikmah dan Hukum – Hadis Kelebihan Azan

Hukum azan adalah SUNAT iaitu suatu perbuatan yang akan mendapat pahala jika dibuat dan tidak akan berdosa jika tidak dilakukan / ditinggalkan. Oleh yang demikian, seandainya solat tersebut tidak dilaungkan aan, maka solat tersebut tetap sah. Hanya tidak mendapat pahala azan sahaja. Begitu juga halnya dengan iqamat.

Azan dan Iqamat tidak termasuk dalam rukun solat yang boleh membatalkan solat jika tidak dilakukan.