Solat tahajud, juga dikenali sebagai sembahyang malam, memberikan banyak manfaat kerohanian dan peribadi kepada individu yang mengamalkannya secara rutin.
Secara umumnya, antara kelebihan dan fadhilat melakukan solat sunat tahajud ini ialah:-
- Menunjukkan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dengan Allah. Tindakan ini memupuk sifat kerohanian yang lebih mendalam dan rasa dekat dengan yang Ilahi.
- Bangun malam untuk bertahajud memerlukan tahap disiplin diri yang tinggi. Amalan ini membentuk kawalan diri dan kekuatan melawan nafsu, yang dapat memberi manfaat dalam pelbagai aspek kehidupan.
- Kesunyian dan keheningan malam menyediakan persekitaran ideal untuk merenung diri dan memohon keampunan. Waktu solat malam ini dapat memberikan ketenangan jiwa dan kerohanian yang dapat memberi impak positif kepada kesejahteraan emosi dan mental seseorang.
- Membawa rahmat dan ganjaran yang berlimpah dari Allah.
- Menimbulkan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti dalam individu, menggalakkan mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih bermaruah dan bermakna.
Allah menjelaskan beberapa kriteria orang yang benar-benar beriman ialah orang yang sedikit tidurnya dengan memperuntukkan malamnya beribadat kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman
Dan pada sebahagian malam hari kerjakanlah solat tahajut kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.
Surah Al-Isra’ 17:79
Rasulullah SAW bersabda, dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasululullah SAW pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama sesudah solat wajib?” Sabdanya: ” Solat tengah malam (lail)”. Baginda ditanya: “Puasa apa yang paling utama setelah puasa Ramadan?” Sabdanya: ” Puasa pada bulan yang Allah mensucikannya (Muharram).” – Hadis Riwayat Jamaah Kecuali Bukhari.
Para ulama sepakat menyatakan bahawa Solat Tahajud adalah sunat muakkad dan bukannya wajib ke atas umat Islam. Bagaimanapun, mereka sangat menitikberatkannya kerana kelebihan dan fadilatnya yang sangat banyak.
Solat Tahajud Pukul Berapa?
Solat Tahajud dilaksanakan selepas solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh; ia boleh dilakukan pada tengah malam, boleh juga pada satu pertiga malam yang terakhir, sebelum tidur atau selepas tidur.
Dari Aisyah, dia berkata:”Rasulullah SAW biasanya melakukan solat 11 rakaat antara waktu setelah Isyak sehingga Subuh. Baginda salam setiap 2 rakaat dan Solat Witir 1 rakaat.” – Hadis Riwayat Jamaah kecuali Tirmizi.
Baca: 10 Hadis Sedekah Amal Jariah (Hadis Sahih)
Niat Solat Tahajjud
Cara Solat Tahajud Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Setiap 2 Rakaat 1 Salam
Dari Aisyah: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila bangun dari tidurnya, baginda bersiwak, kemudian berwuduk, lalu solat 8 rakaat. Pada setiap 2 rakaat baginda duduk dan salam, kemudian melakukan Solat Witir 5 rakaat dengan tidak duduk (tasyahhud) dan tidak salam kecuali pada rakaat kelima.” – Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i
Setiap 4 Rakaat 1 Salam
Dari Aisyah, dia berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah melakukan solat lebih dari 11 rakaat baik pada bulan Ramadan atau di luar bulan Ramadan. Baginda solat 4 rakaat. Jangan engkau tanya dan lamanya, kemudian baginda solat 4 rakaat dan jangan engkau tanya baik dan lamanya, kemudian baginda solat 3 rakaat. Aisyah berkata: Saya bertanya:”Wahai Rasulullah, apakah engkau tidur dulu sebelum melakukan Solat Witir? Jawabnya: “Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Bagi pelaksanaan Solat Tahajud 8 rakaat dengan setiap 4 rakaat 1 salam, caranya adalah kembali kepada cara solat 4 rakaat; iaitu ada duduk tasyahud awal pada setiap 2 rakaat, sama seperti solat fardhu Isyak
Tatacara Solat Tahajud Ringkas
Rakaat Pertama
- Niat ketika takbiratulihram
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca sebarang surah
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kedua
- Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca sebarang surah
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kedua
- Duduk tawaruk
- Membaca tahiyat
- Memberi salam
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Hadis dan Petikan Ayat Al Quran Tentang Kelebihan Solat Tahajud
Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji – Surah al-Isra’ 17:79
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah pada sedikit waktu di tengah malam, iaitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu – Surah al-Muzzammil 73:1-3
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur, Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). – Surah al-Dzariya 51: 17-18
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, ertinya: Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah puasa sunat pada bulan Muharam, manakala solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat tengah malam (qiamullail).” – Hadis Riwayat Muslim
Rasulullah bersabda, ertinya: ” Sesungguhnya pada malam terdapat satu waktu yang tiadalah seorang hamba Muslim berada pada waktu itu dengan berdoa meminta kebaikan kepada Allah ekcuali dikurniakan kepadanya dan demikian itu setiap malam.” – Hadis Riwayat Ahmad
Rasulullah bersabda, ertinya: Hendaklah kamu berqiamullail kerana ia merupakan perjalanan orang yang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya Qiamullail mendekatkan kamu kepada Allah, menghalang melakukan dosa, kifarah di atas kejahatan dan mencegah penyakit daripada badan. – Hadis Riwyaat al-Tirmizi.